Dan hatiku yang tadinya terasa sakit kini terasa terluka setelah membaca mesejnya. Mungkin ia juga silapku sehingga dia menghantar mesej yang sebegitu.
Rina, aku masih ingat kawan-kawan aku. Kenapa ko hantar komen macam tu. Aku malu. Semua kawan-kawan aku yang lain akan baca. Aku nak ko delete komen tu. Ko pun tak pernah hantar berita kat aku. Ko fikir-fikir kan sendiri lah. Ok?-Irham-
Minda ku mula mencerna. Benarkah aku juga tidak pernah menghantar khabar berita kepada kawan-kawan ku? Mungkin benar pada kawan-kawan ku yang lain. Tapi pada Irham, aku sering mengutus berita melalui friendster.com. Cuma Irham yang tidak pernah membalas mesejku selama ini. Salah aku kah? Atau kerana sifat ego ku maka aku cuba menafikan. Namun aku masih ingat lagi. Dua tahun yang lalu selepas aku dan Irham tidak lagi berhubungan, aku cuba menjejaknya. Terlalu banyak mesej yang aku hantar kepada nya. Bukan hanya melalui friendster.com tetapi juga melalui e-mail Yahoo.com. Ketika itu aku terlalu rindu untuk menerima setiap sms darinya. Aku tinggalkan no telefon ku di friendster.com milik Irham. Anggapanku mungkin dia kehilangan no telefon ku. Namun sehingga 2 tahun aku merindui khabar berita darinya, baru kini Irham memberi respon kepada komen ku.
Assalamulaikum. Betul ke ko da khawin? Sampai hati tak jemput best friend ko. Huhuhu…Irham, aku tengah marah ni. Ko langsung tak hantar berita pun. Aku ni walaupun busy, aku tetap ingat kawan-kawan aku tau. Aku dah banyak hantar mesej kat ko, ko tak reply pun. Kalau ko busy sangat pun, just send assalamualaikum kat aku pun da ok. Aku terkilan ngan ko tau tak. Dulu kita selalu sms. Pastu ko macam menghilang pulak.-Rina-
Aku akui, komen ku itu mungkin sedikit menyakitkan hati nya kerana berbentuk tuduhan. Namun selama ini terlalu baik, terlalu indah kata-kataku untuk mengharapkan respon dari Irham. Aku tersenyum sinis sendirian. Manusia akan bertindak apabila dikasari. Aku ulang baca semula komen yang ku hantar. Memang kasar bunyi nya. Aku klik ikon delete yang tertera. Semua komen ku pada Irham terpadam. Mungkin kini dia sudah berpuashati. Hatiku mula sebak. Inikah namanya dugaan dalam persahabatan? Mata ku mula digenangi air. Segera ku menghela nafas untuk menghilangkan rasa sebak. Aku log out dari friendster.com. Aku ukir senyum di wajah sebelum aku bangun menghampiri Kak Salhah, Senior Expeditor di Syarikat ini, yang juga ku lihat ada sedikit kebosanan pada wajahnya. Aku cuba lupakan kesedihan dan rasa terkilanku. Mungkin berborak dengan Kak Salhah mampu menceriakan hatiku, kerana Kak Salhah seorang yang suka bergurau. Dengan senyuman yang ku cuba ukir seikhlas hati, aku melangkah ke arah Kak Salhah yang sedang leka menatap sesuatu di skrin komputer.
to be continue….
~rozie~