Bermula langkah mencari diri….

Rumah sewa ku bersama 3 teman yang lain masih sunyi. Cuma aku dan Ezrin di rumah itu. Mel dan Zizi hari ini bekerja di pasaraya yang sama. Aku dan Ezrin pula bekerja di Syarikat yang agak terkenal di Miri. Kerana itu, kini hanya aku dan Ezrin yang berada di rumah seperti kebiasaannya di hujung minggu. Rumah sewa ini mulanya disewa oleh ku sejak aku memperoleh pekerjaaan ku sekarang. Jawatan  yang ku sandang dalam syarikat ini dulunya menjadi rebutan puluhan graduan yang masih menganggur. Dan aku bersyukur kerana aku di beri peluang untuk menikmati rezeki ini. Kerana kesyukuran inilah maka aku terlontar jauh dari keluargaku. Ketika memohon jawatan ini dulu, aku kurang selidik di mana aku harus menabur bakti jika aku diterima menjawat jawatan ini. Apa yang menjadi keinginanku hanya lah jawatan yang tinggi yang pastinya menawarkan pendapatan yang lumayan. Dan akhirnya tika aku menerima surat lantikan, fikiran ku mula bercelaru. Di mana tempat ku berteduh. Andai ada pun sanak saudara, mustahil untuk aku menyusahkan mereka. Mujurlah sepupuku sanggup membantu mencari rumah sewa yang aku duduki 3 hari selepas aku berada di Miri. Dan tiada persoalan yang dilontarkan oleh keluarga sepupuku bila aku menyatakan hasrat untuk tidak menyusahkan mereka. Dan kerana jasa baik sepupuku itulah maka kini aku mula hidup berdikari. Dan mula mencari diri.

Kini…

Hati ku terasa terlalu sakit..entah kenapa dan entah apa alasan nya aku tidak tahu..otak ku pula terasa bercelaru seolah-olah memikirkan sesuatu yang terlalu berat. Sedang kan langsung tiada apa pun yang terlintas di fikiran ku. Mujur lah hari ini tidak banyak kerja yang aku perlu lakukan di pejabat. Barang-barang yang dijadualkan tiba hari ini sudah sampai semalam. Hanya menunggu Jabatan Penyeliaan untuk melangsaikan semua urusan penyeliaan. Tugasku sebagai Junior Expeditor tidak lah terlalu membebankan. Aku lebih banyak membantu Senior Expeditor dalam melicinkan setiap perjalanan kerja supaya barang-barang yang di beli dari pembekal dapat sampai ke tangan pengguna akhir mengikut waktu yang ditetapkan. Fikiran ku kini benar-benar bercelaru. Ezrin yang duduk di belakang meja ku hari ni tiada kerana ada tugas di luar. Jawatan sebagai ‘Sales Engineer’ di syarikat itu menuntutnya untuk kerap bertugas di luar pejabat. Jadi aku tiada teman untuk berbual-bual. Teman-teman sepejabat jaraknya jauh pula dari mejaku. Malas pula untuk berbual dgn suaru yang kuat. Nanti apa pula kata bos. Akhirnya aku melayari internet untuk menghilangkan kebosanan. Dan mungkin untuk menghilangkan sedikit rasa celaru dari bebanan yang menghimpit.

Friendster.com aku layari. Sudah terlalu lama aku tidak menjenguk laman friendster ku. Mungkin sudah terlalu banyak mesej-mesej yang di beri kawan-kawan ku. Dan aku menerima satu mesej dari seorang sahabat yang aku nantikan khabarnya sejak 2 tahun yang lalu. Aku terpana. Aku tergamam.

TBC….
~RozyanaHjSeli~

Kirim Komen

*
*