BERBICARA DARI SUDUT HATI…
Hidup ni tak selalu indah. Kerana dah di tentukan oleh Nya bahawa setiap hati akan merasai sedih, gembira, marah, terluka, benci, dan berbagai lagi perasaan yg sukar untuk dinyatakan. Bagi manusia yang redha, ia akan redha malah menerima hakikat yang telah ditentukan oleh Nya. Namun bagi manusia yang sering mempertikaikan hakikat sebenar, ia menjadi satu bebanan yang besar buat mereka. Namun ada juga manusia yang tidak pasti pada diri sendiri. Sama ada redha atau sebaliknya. dan manusia ini lah yang akan mewarnai kisah suka duka kehidupan yang sebenar. Kerana manusia ini juga masih lagi terperangkap dalam dirinya sendiri yang membingungkan.
Kejayaan milik ku.
Kebahagiaan milik ku.
Kegembiraan milik ku.
Apa saja yang menyebabkan aku tersenyum adalah milik ku.
Kau jangan membantah kerana aku tahu apa yang aku mahu dan apa yang aku lakukan. Semua itu hak aku yang aku pinjam dari Nya. Jangan kau campuri kerana ia bakal menghilangkan senyuman ku.
Aku tidak mampu berjaya seperti orang lain kerana masa silam.
Aku tidak punya kebahagiaan seperti orang lain kerana masa silam.
Aku tidak mampu bergembira seperti orang lain kerana masa silam.
Itu hidup ku kerana masa silam.
Aku punya dua kehidupan.
Dan semua manusia pastinya punyai 2 kehidupan.
Cuma terpulang pada setiap individu untuk menyedarinya.
Dan aku mungkin tahu yang aku mengalami dua kehidupan itu.
Aku punyai semangat untuk terus hidup seperti manusia lain.
Dan aku adakalanya putus harap untuk teruskan hidup.
Bermula dengan hari ini aku cuba untuk meluahkan sesuatu demi mencari diri ku sendiri.
Siapa aku di sisi Tuhan.
Siapa aku di mata masyarakat.
Siapa aku?
Wujud dari masa silam.
Satu kehidupan yang tidak pasti.
Bersama naluri yang bercelaru.
Bersama hati yang penuh dendam…..
~to be continue….
rozie’08