Cintaiku

Jangan salahkan aku kerana mencintaimu

Salahkan mataku yang memandang dirimu

Salahkan hatiku yang jatuh cinta padamu

Salahkan jiwa kosongku yang ingin di cintaimu

Cintaku hadir dari pandangan mataku

Menusuk ke hatiku

Lantas memenuhi  jiwa gersangku

Ku mahu janganlah kau salahkan mataku

Mataku hanya memandang

Dan pandanganku tak mampu ku pejam

Kerana dirimu sudah wujud di bayangan mataku

Jua janganlah kau salahkan hatiku

Hatiku terletak cintaku

Cinta yang lahir itu tak mampu ku sekat

Kerana dirimu sudah mendetikkan cinta di hatiku

Jangan sesekali jua kau salahkan jiwaku

Jiwaku hanya satu naluri

Ingin mencintai dan dicintai

Ruang kosong yang wujud tak mampu ku abaikan

Kerana dirimu sudah memenuhi ruang kosong jiwaku

Tak usah kau salahkan aku atas cinta itu

Biar aku yang salahkan dirikku yang terlalu naif pada cinta

Mencintai dirimu yang bukan milikku

Mendamba kasihmu nan satu yang bukan hakku

Mengharap perhatianmu pada cintaku

Mencintaimu hanya pada impian ku

Mengasihimu hanya pada bayanganku

Sayangi aku hanya jika hatimu terdetik cintaku

Aku akan terus menunggu jika kau milikku

Cintai dan sayangi aku

Aku dambakan kehadiranmu dalam hati dan jiwaku

Namun setelah cintamu yang dulu pudar

Kerana aku tidak mahu cintamu atas derita yang mendatang

Biarlah aku derita melihat bahagiamu

Asal aku tidak bahagia atas derita cintamu….

~Rozyana Hj Seli

~17 Dec 2008, 1952hrs

~Miri, Sarawak.

Kirim Komen

*
*