Aku, Kau dan Dia mungkin berbeza
Aku begini, Kau begitu, Dia…?
Aku tahu siapa aku….mungkin…
Kau tahu dirimu sendiri…mungkin…
Dia…? Dia juga mungkin sama seperti kita…
Aku insan yang lemah…
Aku mudah mengikut kata amarah…
Aku mudah tunduk pada nafsu yang membara…
Aku hanya manusia biasa…
Kau insan yang mungkin lebih baik dari ku…
Kau mungkin dapat mengawal amarah mu…
Kau mungkin jua dapat mengawal nafsumu dari menguasai diri…
Kau juga manusia biasa…
Dia?
Mungkin sama seperti kita..
Aku, Kau dan Dia….
Apalagi tentang kita…
Hakikatnya Aku hanya mengenali Kau tanpa ku tahu siapa Dia
Kerana Dia hadir di antara kita…
Merungkai satu persoalan siapa kita
Memberi Aku satu jawapan yang teguh
Antara kita harus ada Dia
Dia…
Kerana Dia, Aku dan Kau seperti jauh..
Sehingga Aku seperti tidak mengenali Kau
Namun Aku harus pasrah.
Dia lebih baik dari Aku untuk Kau
Aku, Kau dan Dia,
Beginilah cerita antara kita
Sekian lama Aku menyimpan dendam,
Aku pasrah yang Aku dan Dia berbeza
Dan pilihan Kau adalah Dia…
Kerana Dia lebih mengerti siapa Kau
~imbasan minda:putrirozie~
17.09.08 14.23 MYY