Aku pernah terfikir

Kalau lah hidup ini seperti kartun

Jika terasa bosan pada sesuatu

Ubah semula

Cari hidup baru dari mula merasa hidup

Aku terfikir

Jika hidup ini seperti Kartun

Tentu aku boleh jadi apa yang aku mahu

Aku boleh putar balik hidup aku supaya aku tidak jadi seperti aku sekarang

Aku boleh hidup tenang tanpa ada rasa

Aku boleh hidup gembira tanpa rasa cinta

Namun aku juga pernah terfikir

Jika hidup seperti kartun

Tentu aku tak rasa kemanisan dan kepahitan hidup

Ruginya tanpa rasa

Ruginya tanpa cinta

Tapi….

Hidup aku memang banyak tapi..

Entah bila perkataan tapi itu akan hilang

Mungkin setelah aku hidup seperti kartun

Bebas tanpa cinta

Hanya seperti patung yang tidak bernyawa….

~Rozyana Hj Seli~

~22:15, 020209~

~Miri, Sarawak~

Kirim Komen

*
*