Arkib Bulanan: Jun 2009

Hmm…setelah terlalu lama aku tak curi tulang edit blog kat ofis…dan hari ni aku buat lagi…huhuhu…satu sbbnya kenapa aku terlalu berkeras nak post something kat blog aku is aku hari ni btl2 rasa pressure yang agak sikit melampau….dan btl2 nak minta some idea apa yang perlu aku lakukan dari korang-korang yang sudi singgah kat blog aku ni…aku harap korang bleh tinggalkan komen and please advise me what to do…

Sekarang ni aku ada 2 jobs…satu boleh la dikatakan kerja tetap…ada KWSP, ada pendapatan bulanan…tp gaji tak pernah cukup…satu sbb knp aku cakap tak cukup, aku selalu ikat perut dan tak mampu nak bagi parents aku walaupun RM50….semuanya aku guna tok byr hutang pendidikan, byr keta, myk keta, bills…tp aku bersyukur sbb dlm semua expenses tu, aku masih mampu saving for my future…sbb aku ada 1 policy insurance yg jadi slh satu comitment aku yg agak ptg sekarang…

Baru-baru ni…my senior in my second job datang buat training…dier menjelmakan kembali dreams….yang sering menjadi khayalan aku…yang sering menjadi angan-angan dlm hidup aku…yang aku reliaze aku tak akan mampu capai jika aku terus berada pada situasi aku berada sekarang…ye la…nak mkn pun susah…apatah lagi nak capai impian aku…but for this second job…ia berdasarkan nasib…berdasarkan usaha…berdasarkan keyakinan…berdasarkan keberanian….dan semua itu aku tak mampu miliki sekarang…aku seperti someone yang btl2 lost…i’m a looser…that is what I think about me right now…aku tau..aku tak boleh berfikiran mcm tu..sbb selagi aku berfikiran mcm tu…sampai mati la aku begini…

Apa yang aku mahu sekarang adalah tolong aku buat keputusan…aku takut berhenti kerja sekarang sbb untuk mendapatkan kerja sekarang ianya dtg dari usaha yang bukan aku seorg lakukan…ianya pertolongan dari abg…dan kedudukan aku sekarang, ianya pertolongan dari bos yang ingin lihat aku lebih baik dgn taraf pendidikan aku….malah aku pnh berjanji, seandainya aku memperolehi kerja aku sekarang, aku akan buat sehabis baik dan aku berjanji pada abg yang kemudiannya sampai ke pengetahuan bos yang company ni bukan sebagai batu loncatan…mati hidup aku akan ttp berada di sini…aku akan berusaha belajar sesuatu yang baru kat company ni..sbb aku suka pada something new….klu dulu aku study lbh kepada business, financial, ekonomi…dan sekarang mmg aku ttp bljr ttg business, ttg marketing tapi bonusnya aku bljr ttg technical…aku bljr something yang hanya org2 yang pernah belajar engineering saja yang tahu…satu cabaran utk aku…aku suka pada kehidupan aku skrang yang belajar sesuatu yang baru…tp bila memikirkan pada kehidupan yang lebih selesa, kehidupan yang di penuhi dgn impian dan kehidupan yang lbh diberkati oleh parents sbb dorg tak perlu lagi nak support aku, aku jadi betul2 bengang dgn kehidupan sekarang…apa yang aku perolehi sekarang tidak mampu untuk support hidup aku sendiri…apatah lagi parents aku…aku hanya menjadi ordinary person di sini…sdgkan kehendak aku ingin menjadi somebody…tapi keperluan aku adalah kehidupan yang sederhana sbb aku sekarang dah terasa terlalu terbeban ngan hidup yang aku lalui skrang…sometime aku tak rasa aku mampu lagi nak teruskan…i just want to take a long rest…….arghhh….bercakap seperti org tiada pedoman hidup….giler…

(yg ni aku smbung kat umah…sbb kat ofis td komputer tiba2 jer ‘hang’ dan kerja dtg bertambun-tambun)

Aku btl2 bengang nak buat keputusan sekarang….td aku g bank…buat cek utk seorg kwn…besa la kan ptg2 bank nak ttp…so, dorg pun masa tu tgh kira duit…byk tu….aku rs beribu tu adala jugak…tp yang peliknya aku mcm takder nafsu langsung tgk duit sebyk tu…takder terdetik dlm kepala otak aku masa tu nak mempunyai duit sebanyak tu…yang ada hanya nak hidup mcm manusia….aku tgk sekitar aku…aku nak tukar hidup aku jadi mcm diorg…nampak mcm heppy jer…hmmm…aku tau, mesti ada yang akan cakap…hidup aku mcm ni sbb aku takder duit….hidup aku tak stabil sbb financial aku tak stabil….tp betul ker wang boleh beli kebahagiaan? Wang boleh beli kasih sayang? Wang boleh mengisi kekosongan dlm hati? Mungkin….zaman sekarang, tanpa wang hidup jadi terumbang-ambing…tanpa wang, nak mati pun susah….

Second jobs aku ni menawarkan wang yang banyak…mulanya aku join mmg aku nak wang yang banyak…tp nafsu untuk mempunyai wang yang byk hanya ada dlm diri aku 1 mlm sahaja…lps tu, apa yang aku nak dari second jobs ialah enjoy…kluar mlm training….refresh balik ilmu2 business, entrepenuer, marketing, ekonomi….dan mungkin masih ada lagi sedikit comitment utk second job ni….aku nak tlg org n buka minda masyarakat apa yang kita ada pada hari ni tak mungkin ada pada masa hadapan kita…kita tak tau sepanjang mana perjalanan hidup kita…sedangkan aku yang baru setahun jagung mengenali hidup sudah terasa kesannya akibat dari keselesaan yang melampau yang aku lalui sebelum akku tahu betapa sukarnya mencari wang…..mungkin bagi sesetengah orang, masa sekarang masih terasa mampu untuk mencari duit…tp mcm mana klu satu hari nanti…tangan dan kaki sudah tak berdaya nak menongkat dunia?

Arghh….cakap macam org baik sangat….tapi itu lah sedikit perkara yang aku nak share….yang aku nak korang2 yang lepak kat blog aku ni bagi aku sedikit idea….keselesaan hidup tanpa wang @ keselaesaan hidup dgn wang….kedamaian hidup tanpa tertekan untuk menjadi org lain @ kedamaian hidup dgn berani menghadapi cabaran hidup dgn berlagak hipokrit pada diri….berlagak bahagia tapi terseksa…kestabilan hidup kerana wang @ kestabilan hidup kerana minda yang tenang? Errrrkkkkkkkk….aku tau….untuk jadi manusia luar biasa, kena buat something yang luar biasa…kena buat apa yanng kita tak suka…kena buat apa yang buat kita pressure…sbb bila kita lalui semua tu….kita akan jadi manusia yang berjaya…Argggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh……….!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum….

Hmmm…dua tiga hari ni aku tak jenguk bukan sbb aku mls mcm dolu2…tp aku tak der crita nak d ceritakan…cuma hari ni aku nak share hobi aku yg terbaru…hehehehe…heheh…aku ni suka ketawakan…klu yg rajin ikut perkembangan blog aku ni…setiap entri mesti ada words yg menunjukkan aku ni ketawa….wahahahaha…adusshhh…tp ketawa tu kan elok…sbb bila kita ketawa, hati jadi riang…bila hati jadi riang, bleh la awet muda…hehehe…ketawa juga boleh merungkai segala kekusutan yang bersimpul rapi dan memberatkan kepala otak…ketawa juga boleh meringankan setiap rs yg bengong yg ada kat hati…huhuhuh…

Ermm….ketawa tu bukan lah hobi baru aku…klu ketawa tu hobi baru aku, itu maknanya aku ni dah tak lama lg nak check in kat hospital bahagia la….hukhukuk….ketawa tu saja jer nak rawat rawan hati…nak hepikan hati supaya aku ttp menjadi budak yang comel….wahahahaha…

Hobi baru aku adalah lepak kat tepi pantai…hheehhe…bkn nak flirt ngan sapa2…tp just nak tenangkan fikiran dgn bunyi ombak dan suara angin pantai…sbb suara ombak dan angin pantai tu merdu…halus dan tenteram…hmmm….td mcm aku tak nak angkat jer dari menikmati keindahan alam yg satu tu….mcm taknak berhenti berbicara ngan angin yang menyapa aku masa tu….rs mcm nak trs berbicara dan meluahkan perasaan yg terlalu memberat dlm hidup aku…sbb angin yg menyapa tu seperti tak pnh jemu nak mendengar luahan aku…bila aku terasa angin tu pergi jauh dari aku…angin tu kembali menyapa aku dan mendengar semua luahan rasa dari bicara bisu…

Indah….tersangat indah…sbb laut terlalu luas…dari mata kasar manusia hanya melihat ketenangan…tp mata kasar manusia tidak mampu melihat gelodak yg tersembunyi di bwhnya. Macam aku…dari luar, org nampak aku happy…tapi dlm diri aku, tak siapa tahu…luaran aku ketawa…tp dlman aku menangis…samala mcm laut…atasnya nampak tenang beralun…tp dasarnya menyimpan seribu rahsia…

Hahaha….aku bukan berbicara tentang hati…sbb some people cakap, kalau kita tiba-tiba jiwang begini, itu maknanya sama ada tgh jatuh cinta atau terluka kecewa…hahahaha…tapi itu bukan aku…sebab sekarang aku hidup tanpa cinta…tapi aku hidup dengan rindu…hehehe…mustahil rindu tanpa cinta…tapi itu kebenaran dlm hidup aku…aku rindu tanpa cinta…bunyi macam mustahil dan pelik…tapi itulah yang aku dpt simpulkan dari kehidupan aku selama ni…aku dah kaji betul2…dan aku dah muhasabah btl2 diri aku….aku tak jumpa titik cinta dlm diri aku…tp aku terjumpa titik rindu dlm hidup aku…kenapa erk?hehehe..rindu pada semuanya….aku rindu pada life aku yang hidup berdikari…rindu pada life aku yang boleh buat apa jer yang aku suka….rindu pada life yang selalu hang around ngan kawan-kawan…buat kerja giler-giler ngan kawan-kawan…kluar malam-malam….btl2 mcm life yang sangat sosial…tp tetap terjaga batas kesopanan…huh…ntah apa-apa ntah yang aku rindukan tu…tp itu lah yang berada dlm diri aku sekarang…seperti nak lari….aku inginkan life yang hidup…bukan seperti sekarang yang hanya duduk di kerusi dan melihat dunia luar dari keterbatasan penglihatan…huh..!!!

Tapi….hmmm…..

Askum…………..

Waaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh………apa la yg berada kat kepala otak aku skrang nih…..serabut giler…nasib baik blum giler jer…huhuhu…bila masanya pulak aku nak buat satu lagi blog nih? Selamba badak air jer promote blog ni kat org…sedangkan blog ni just nak hang around jer…utk yg saja2 lepak nak curi tulang masa kerja….wahahaha…klu nak cari maklumat, ermmm….tak sesuai…

Huhuhu…aku punya business tak jln la…bukan sengaja nak stop…tp kepala btl2 tgh serabut dan kelambut…dlm keadaan mcm ni aku tak terasa plak nak jumpa client…sbb muka aku muka pressure tahap giler hospital bahagia…mmg takleh nak buat la…cuma apa yg aku mampu buat adalah cuba tok tumpukan perhatian kat kerja2 kat ofis…tp kkdg bila free, alamak….serabut dtg blk la pulak….huhuhuhu…bila la aku nak waras ni?hrp2 lps minggu ni aku ok blk la…than dpt cari prospects…aminnnnnnnnnnnnnnn….

Ish….karut…mengarut….bengangnyer….errrrrrrrrr………….aaaaaaaaaaa……….mcm mana nak buat ni……!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!GILER…..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum….

Waaahhh…..Hari ni br terasa ringan sikit kepala..sbb esk tak byk dateline…hehehe…jadi tak perlulah nak tension sgt fikirkan nak kejar dateline…mcm tadi aku hntr quotation last minute…hrp dorg boleh terima quotation last minute tu n dpt order…hehehe…aku jugak yang dpt faedahnya..mana tau bos tgk aku sllu dpt order, boleh la naik pangkat lagi…aminnnnnnnnnnnnnnn………….

Pastu bila dah naik pangkat mungkin ada la peluang nak d hntr g outstation…bleh la melancong free…wahahaha…hmm…aku akan usahakan supaya hujung tahun ni aku g jln2 kluar swak…tak ksh la g kat mana…tp…aku nak g cameron highland….hehehe…stay kat situ dlm 2 @ 3 hari ker…pastu gain byk2 idea siapkan sebuah ceritera kehidupan….hehehe…klu dpt siapkan 1 novel masa bercuti tu mmg best….huhuhuhuhu….

Hahahaha….hari ni aku terperasan sesuatu ttg perjalanan hdp aku sepanjang hari ni…hari ni aku jadi manusia yg teramat sensitif…jadi manusia yang berbicara dlm khayalan…berbicara dgn menggunakan kata hati…sehinggakan aku siap bersastera ngan sorg kwn dgn ayat-ayat yg hny org sastera jer yg faham….ahahahahaha…..entah kenapa macam feeling semcm jer hari ni…mungkinkah ianya sesuatu yang baru dlm hidupku setelah 20+ aku hidup kat dunia ni….huhuhuhu….yup…mungkin it’s a new thing i can feel in my heart…sakit jantung….wahahaha….aih…mcm budak hingusan baru belajar erti rindu jer aku hari ni…rindu?hahaha….adakah itu yang melingkari hidup aku sekarang….rindu tanpa cinta….hmmm…mcm tak pnh dgr la pulak…sbb setiap kerinduan itu datangnya dari rasa kasih dan cinta….betul tak?kalau tak betul, maksudnya aku kn lupakan kebosanan hidup….huhuhuhu….dan kn belajar jadi manusia yg ada perasaan…hmmm…mustahil manusia boleh hidup tanpa perasaan…paling kurang pun, mesti ada satu dlm diri…dan bg aku, mmg susah nak jadi manusia yg 0% ada perasaan…sbb sekarang pun dlm hidup aku, ada 1 perasaan yang betul-betul menyesakkan fikiran dan hati….rasa RINDU…hmmmm….dari mana aku belajar erti rindu? dari seseorang…yg aku terasa rindu untuk berbicara, dan meluahkan sesuatu….erm…mlm ni mcm dier tak online…mungkin busy kot…klu tak pun, mungkin saja nak elak diri…hmmm…takper la sbb dier dah mampu menjadikan aku manusia yang punyai perasaan semula…namun terasa perit bila perasaan tu membuak di celah rekahan luka…dan sbb tu lah aku hanya merindu tanpa mencintai…sbb kesakitannya kurang terasa…dan jiwa & hati aku jugak kurang gelora yang terlalu membadai…tenang dlm riak gelombang….

Assalamualaikum….

Hmmm……….hahaha…tiap kali post entri mesti mengeluh dulu..apasal ah? Kakak kat ofis aku pun dah bising-bising bila dgr adik cute dier nih asyik mengeluh…hahahaha….bkn sengaja..sbb sometime melepaskan keluhan tu mcm melepaskan sedikit karbon dioksida dari bdn yg ganggu kepala otak nak berfikir waras…heheh…

Hahaha….entah kenapa hari ni aku mcm nak tergelak jer…nak cakap aku happy giler hari ni tak jugak kot. Sbb otak tgh serabut, hati tgh pedih, jiwa rasa mcm terputus dua. Takkan itu masih nak dikatakan happy…do i?hahhaha…happy seorg giler kot?huhuhuhu….

Hmmm…aku masih terasa ada something yg hilang dlm diri aku sekarang..apa yerk?I was really lost…akal ntah kemana…fokus apatah lagi…nasib baik masa aku blk kerja tadi aku msh dpt kawal fokus pemanduan aku…klu tak, takder la entri ni…hihihhihi…yes i’m lost…kan ker best klu aku ni mcm Bio-Nik tu…bila sakit jer, format balik. Jadi natural blk…wahahaha…mcm mana nak format blk otak aku yg dah mula kelabu blk nih?????ish..damn it

Hari ni semua benda yg dah aku injak2 masuk jauh kedlm kepala otak aku terkeluar blk…siot tol la…btl2 kn buang baru aku hidup aman kot…tp mcm mana nak buang ah? Plz…someone help me…..klu korg tak reti nak tlg aku mcm mana, apatah lagi aku….huhuhuhuhu….

Hari ni aku jumpa sorg lagi kakak…hakhakhak…suker tol koleksi kakak…dulu ms kat univ, every sem mesti ada sorg….wahahahaha…tp lps tu lost contact…yg terbaru ni tak tahu la pulak mcm mana….just for a few days jer kot….hihihihi….apasal aku suker koleksi kakak? Sbb aku takder kakak…dan aku nak sgt ada kakak…sbb aku cemburu ngan kwn2 aku yg ada kakak…dorg sllu cerita yg dier ngan kakak dier sllu kongsi semua perkara…aku pun nak juga…uhuhuhuhu….mungkin klu aku ada kakak, aku tak akan jadi seperti apa yg aku jadi sekarang….mcm org tak cukup menjadi….wahahhaha….

Erm….bila budget aku nak mencukupi ah?hehehe…aku nak g melancong la…nak rilek….mcm yg sllu aku buat time study kat univ dulu…klu terasa kepala bengang semcm, aku gi spend duit PTPTN g melancong…takder la tpt yg vogue sgt…g Pulau Labuan, dan plg jauh aku pg melancong adalah kat Semporna Sbh….best giler siot…klu la skrang ni aku msh dpt buat…..tak la kepala aku ni sentiasa bengang…lari dari kebengangan….ahhh….seronoknya….nikmat…hahahaha…

esk aku sambung lagi la…ada benda giler nak aku buat mlm nih…hahahaaha…sah dah giler…

Assalamualaikum…

Hehehe….i’m back tonite…n harap2 berlanjutan….semakin rajin dan semakin jatuh cinta semula pada blog….hahaha…

tp…nothing to say….erm…mungkin satu perkara…hehehe…td kat ofis lps selesai buat semua outstanding…aku g chating ngan sorg kwn nih…hahaha…dier pun ckp aku giler…huhuhu…klu korg masih ingat, sblm nih aku pnh post satu entri yg bgtau ada sorg kwn kat Univ dulu ckp aku nih jns yg giler2…heheh..tp bukan dorg ni jer yg ckp aku giler, aku punya colleague pun ckp aku nih jns yg giler2…hahaha…btl ker aku ni mmg jns yg giler2..???entah la…sesungguhnya hanya org yg berada di sekitar kita jer yg tau sapa diri kita yg sbnrnya..sbb kiter sendiri sometime tak knl sapa diri kita yg sbnrnya…heh…

Hmmm….dah lama aku tak smbung crita Putri Errina…mungkin mlm ni aku nak perah otak sikit nak sambung apa jadi kat crita Putri Errina tu…sbb???hehehe…aku mcm terjumpa sumber yg best nak mencerna idea nakĀ  sambung crita tu..hehehe…apa yang pasti, ianya hanya sesuai untuk di baca oleh open minded punya org…if not, please don read….

Aku jns yg suka mencipta cerita dari persekitaran aku…hehehehe….

itu pun klu tak busy buat kerja lain la….hehehehe…

Assalamualaikum….

Huh…!!!
Dulu cakap nak update selalu…pastu takpernah update pun…cakap kat umah dah ada streamyx..online mmg tiap2 mlm…tp blog tak pnh update…walaupun dah bersarang pelbgai benda kat kepala otak…sampai dah rasa over loaded la pulak bila tak luahkan…

Hmmm…aku terasa nak buat satu lagi blog…yg nih tok luahkan apa yg berkarat kat kepala otak…yg satu lagi nak share psl apa yg aku tgh buat sekarang…hehehe…pasal unit trust la apa lagi…dlm blog nih pun aku dah post 2 entri kot psl unit trust….sbb aku terasa mcm blog aku yg satu nih kurang formal utk menceritakan sesuatu yg agak formal dan berinformasi…betul tak???

Heheh…tapi mampu ker aku nak jaga kedua-duanya nanti?sedangkan yg satu nih pun tak terurus, apatah lagi ada dua…huh..!!!bukan busy sangat pun…cuma mungkin tak ada perasaan tok luahkan perasaan dan tak tau mcm mana nak luah rasa yg bersarang kat kepala otak….

Dan hari ni aku tengtiba jer terasa nak luahkan sesuatu tapi bila nak taip jer, tak tau la pulak nak tulis apa…tp otak dah sarat giler…ahhhhhhhhhhhhh…!!!!giler…

Hmm….nanti la aku cipta ayat yg boleh gambr kan perasaan dan benda yg bersarang mcm sarang semut kat kepala otak aku nih…lagipun dah lama tak tunjuk bakat berkarya nih…nanti bila dah lama tak buat, karat pulak…tak bleh terjadi pada diriku…sbb aku btl2 nak hasilkan satu novel sendiri…hehehehe….berusaha la..!!!!!

Aku nak tgk katun la…nanti aku kembali lagi…insyaAllah…hehehe….