Assalamualaikum…
Well…nih lanjutan dari entri aku yang terdahulu…yang meninggalkan persoalan ngan korang, apa kemahuan dan keperluan korang dalam menjalani kehidupan yang sementara kat dunia nih…
Jadi sekarang, selepas korang baca entri aku yang terdahulu, mesti dlm kepala otak korang sekarang nih dah terdetik jawapan pada persoalan aku tu…tapi kalau masih takder, entahlah…aku pun tak tau nak cakap apa…mungkin korang rasa hidup korang nih betul2 dah perfect tahap giler kot. Korang memang yang terbaik ler…
Bagi yang masih berserabut nak fikir macam mana nak cover semua keperluan korang tu, mungkin sedikit nasihat dari aku nih boleh tolong..dalam kegawatan ekonomi mcm sekarang nih, semua orang mula naik bengang…bukan bengang pasal mcm mana nak recover balik ekonomi tapi bengang sebab takut kalau buat kerja main2, kena berhenti kerja plak…dah tu mana nak carik duit? Hohoho….
Dari kecik, kita diajar untuk menabung…sebabnya? Simpan duit la. Ingat masa depan…kita tak tau apa yang ada di depan…jadi peribahasa mudahnya, sediakan payung sebelum hujan…mcm yang berlaku baru nih..ramai yang kena buang kerja..dan ramai jugak yang kena buang kerja tu sakit jiwa…sebabnya, tak sediakan payung…ingat boleh hidup jer..tp bila dah kena ketuk kepala, baru sedar duit gaji yang ada dulu ‘ter’lupa nak simpan….huhuhu…dah terlambat dah…bagi yang ada simpan, tahniah la…sekurang-kurangnya duit yang ada tu boleh buat business…buka stall burger depan rumah ker, kalau reti buat kuih sikit2 tu, boleh la jual…
Bagi yang blum mula simpan tu, baik mulakan dari sekarang walaupun korang confident 110% yang korang tak akan di buang kerja..sebabnya, dlm hidup kita nih tak ada jaminan yang di tulis hitam putih yang kita akan bernasib baik sentiasa dan bernasib tak baik sentiasa…
Simpan duit? Kat mana? Fixed deposit, saving deposit, @pun sekarang nih popular ngan Unit Trust. Bagi yang betul2 takut akan berlaku sesuatu pada duit dorang, simpan dalam fixed deposit..bagi yang tak nak fixed deposit, saving deposit…erm…yang nih selalunya kecairannya lebih tinggi…simpan tok satu bulan jer…atau pun dalam Unit Trust.
Unit Trust? Unit Trust adalah suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Kat atas tu aku bagi 3 solution tok korang pilih tok simpan duit korang kat mana…next entri, aku nak explain lebih pasal salah satu solution yang sekarang nih aku mula nampak benefitnya…selepas hampir 4 bulan aku mempelajari, memahami dan sekarang nih nak mengaplikasikan nya….dan apa yang pasti aku dah rugi hampir 6 tahun selepas habis sekolah nak simpan duit…selama 6 tahun aku tak buat apa2 dengan duit aku dan aku tak terdedah pada apa yang aku sedang pelajari sekarang…kalau tak, sekarang nih aku dah boleh dapat hasilnya…..![]()
