10 Feb 09
Assalamualaikum…
Erm…hari ni busy sikit. Sama jugak macam semalam. Enquiry datang bertimbun-timbun. Hari ni kena send out enq tok dptkan quotation dari suplier2 yang aku kn cari sendiri dan yang di cari oleh abg Daniel. InsyaAllah mungkin satu hari nanti aku yang akan handle semuanya. Kn cari sendiri supplier, dan berhunbungan ngan dorang…Hehe..bukan hubungan sulit la…tapi menjalin hubungan sebagai sales person…
Semalam, masa lunch hour tu, bos panggil aku msk bilik…heheh…takder yang tak senonoh lah…masa tu sebenarnya aku nak gi GK Supermarket kat belakang ofis sebab nak beli Maggie HotCup. Tapi sebelum sempat aku pergi, bos panggil. Ingatkan nak suruh taip P.O ker, quotation ker…tapi….dier memperkatakan sesuatu yang aku dah tahu dari awal lagi…apa dier? Eheh…insyaAllah, minggu depan kalau ada black & white dari company tentang apa yang diperkatakan oleh bos tu sampai ke aku, aku akan bagi tau. Buat masa nih, lebih baik aku tggu dan lihat jer dulu. Dan mungkin jugak nak muhasabah diri sikit kalau apa yang aku lalui nanti adalah apa yang sepatutnya. Heh..!!!
Kesinambungan dari tengahhari tu, aku sekali lagi kena panggil join satu meeting yang membincangkan tentang perkara yang sememangnya dah jadi satu khabar angin yang hangat jugak lah kat ofis nih..kitaorang meeting sampai kol 6 ptg. Jadi nyer, semalam lah harinyer aku balik lewat buat pertama kalinyer selepas satu tahun bekerja kat company nih..dan mungkin akan berlaku satu hari nanti lagi.
Apapun perkara yang bakal berlaku nanti, satu kenyataannya adalah, akku memang gila kuasa. Siapa yang kat dunia nih tak gila kuasa? Sebab kuasa meletakkan kita lebih tinggi dari orang lain…supaya orang lebih menghormati kita..tapi jangan la pulak bersifat negatif..maksud aku kat sini, tak salah kalau nak buat kerja org atasan kita kalau kita mampu. Jangan la bila di beri jwtn sebagai kerani, kita hanya melakukan kerja kerani sedangkan kita tahu untuk melakukan kerja yang berkaitan ngan sales department. Tak perlu takut nak cuba. Lebih-lebih lagi kalau kita dah kerja kat satu company tu dah lama. Mesti kita dah banyak belajar tentang company tu. Macam yang aku lakukan. Walaupun baru setahun, tapi Alhamdulillah aku banyak belajar. Mungkin juga sebab aku ni jenis yang mudah bosan pada satu perkara dan jenis yang suka cuba sesuatu yang baru, maka aku dengan selambanya menggangu kerja yang orang lain buat sehinggakan mendapat kepercayaan dan keyakinan untuk melakukannya sendiri. Hah…!!! Atau juga sebab aku yang selalu suka buat perangai gila2 dan selalu buat muka selamba…dan mungkin juga I deserve to get it…!!!
Apapun…just wait n see…Dan apa yang pasti syukur kepada Allah yang memberikan segalnya. Dalam kekurangan diri, rupanya ada kelebihan yang Allah berikan. Alhamdulillah…
10 Feb. 09; 2048hrs.
Asslamualaikum…
Malam ni aku cuba tok mencipta satu lagi cerpen. Tapi seperti cerpen-cerpen yang lalu, mungkin terbengkalai di tengah jalan. Aku tak tahu kenapa sejak aku mencipta cerpen Setulus Pengorbanan, aku tak mampu lagi nak cipta cerpen yang lain…mungkinkah aku ni sebenarnya tidak punyai bakat dlaam bidang penulisan yang sering aku banggakan? Tetapi….minda aku adakalnya terlalu ingin untuk berilusi mencipta satu karya yang berbentuk cerpen untuk tatapan orang lain. Seperti apa yang berlaku malam ni, ilham mulanya datang kepadaku seperti air yang mengalir. Tapi bila aku dah sampai ke page yang ke-2, jari aku dah mula slow mengetuk keyboard. Dan entri ni tercipta tatkala aku dah tak mampu nak ketuk keyboard mengarang cerita yang selanjutnya. Ilham yang tadinya mengalir macam air sungai, kini dah kering seperti keringnya sungai di musim kemarau. Malah unutk mencipta entri ni pun seperti aku merangkak di padang pasir untuk mendapatkan setitik air…..kosong………………0000000000000!!!!!!!!
12 Feb. 09
Assalamualaikum…
Hari ni macam hari yang lalu jugak. Busy sikit nak handle internal enq dari client. Aduh…pening kepala sikit. Aku kan baru jer involve secara serius dlm sales nih…jadi nyer aku sikit bertatih la nak buat semua quotation. Tapi sometime aku terfikir jugak, betul ker aku nih dah ready nak pegang tanggungjawab yang di bagi kat aku nih? Aku sebenarnya tak pernah terfikir pun nak dptkan kepercayaan bos tok handle semua perkara nih dalam masa satu tahun akku bekerja kat company nih. Tapi mungkin dah rezeki aku. Cuma aku takut satu hari nanti aku tak mampu bawa…mungkin bukan satu hari nanti tapi mungkin dalam masa terdekat nih, aku gagal utk membawa tanggungjawab tu. Hitam putih pasal penyerahan tugas nih aku belum dapat. Cuma satu perjanjian mulut. Bila2 masa aku boleh di tolak. Huh…!!!
Tapi mustahil la kan aku nak biarkan diri aku di anggap tak mampu tok bawa kepercayaan tu sedangkan aku nih lulusan IPTA. Dalam bidang business pulak tu. Tapi mungkin bukan sebab aku tak tahu selok belok business aku akan jatuh, tapi sebab aku yang tak pernah serius ketika melakukan sesuatu perkara. Entah bila aku akan matang. Kalau dulu masa study, pensyarah aku selalu bising bila aku tak serius. Sekarang? Apasal aku tak pernah serius. Eeeeeeeeee……………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
13 Feb. 09
Assalamualaikum…
Pagi tadi aku melihat keindahan alam dari kebesaran Ilahi yang tak pernah aku lihat sejak aku tinggal di Miri. Embun pagi masih menyelimuti alam. Memnag cantik la permandangan masa tu. Aku pulak lupa nak park sekejap kat tepi jalan nak amik gambar…aiseh…!!! Tapi memang besh la pagi tadi. Dah setahun aku guna jalan tu, baru hari ni aku tgk embun kol 8 pagi. Dan yang lebih syioknya, baru pagi tadi sejak setahun aku selalu guna jalan tu, aku tak nampak puncak bukit Canada. Putih jer. Rumah2 kampung yang kat kaki bukit tu pun tak nampak. Rasa macam nak duduk kat kawasan tu lama2 jak pagi tadi..dan sebab keajaiban tu jugak, kebanyakan pemandu2 lain yang lalu kat kawasan tu, menoleh tgk. Huh…!! Aku rasa mcm tak pernah berlaku la…tu yang pemandu lain pun asyik toleh jugak….dan ikut kata akak ofis aku, itu tanda permulaan nak musim kemarau/panas. Tapi sekarnag nih pun memang dah mula nak panas dah pun kat Miri. Selepas mengalami musim tengkujuh yang paling dasyat di seluruh Swak. Apasal Msia 2 musim jer ah…cuba la lepas musim tengkujuh, ada pulak musim bunga ker? Kalau tak pun musim salji ker. Huh…kalau tak pun musim tengkujuh tu jadi musim salji…kan besh? Besh ker? Bunyik macam tak pernah bersyukur jer…dan mcm tak pernah lulus geografi jer…..
Apapun aku nih memang suka berangan kan? Huhuhuhu…macam nak jadi kawan mat jenin jer….Kalau crita berangan nih, hehehe…angan-angan aku nak naik sikit dari taraf kerani dah tercapai dah kat company aku sekarang…well…angan2 tangga kejayaan…hakhakhak…
Dan sekarang nih aku nak berangan-angan jual byk2 Unit Trust CIMB. Lesen dah dapat…jadi apa lagi…kita bikin gempak la…wahahahaha…pastu aku jugak berangan-angan nak cabut lari dari company tu selepas aku betul-betul rasa puas sampai terasa bosan yang amat sangat. Hehehehe….macam hampeh jer angan-angan aku nih….nasib baik just angan2…bukan cita2…hahahaha…eh..tapi yg nak jual UT tu memang betul dan akan aku usahakan…mangsa pertama aku adalah parents aku kot…hikhikhik….pastu anjang aku..berusahalah Rozie…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Oh ya…dalam entri ni jugak aku nak mengarut pasal sapa aku yang sebenarny…jadi sapa2 yang terbaca, kira satu bonus la tahu sapa kah pemilik blog yang elegen nih yang sebenarnya…hakhakhak….Nama aku ikut IC Rozyana Bt Seli…tapi dalam enquiry dan quotation yang aku send out, nama aku Rozyana Hj Seli…sebab bapak dan mak dah pergi menunaikan rukun Islam yang 5. Aku?Hehehehe…kumpul duit dulu…nih tgh kumpul duit nih…tu yang saja buat rajin tak bertempat kat ofis…nasib baik buat rajin tu ada ganjarannya…kalau tak, takperla kot….satu pengalaman…lagipun aku nih mungkin lajugak kot boleh digelar workaholic..bunyik macam ye ye ajer….hehehehe…sebab tu jugak la aku dapat A tok latihan praktikal…siap kena bagi sijil penghargaan lagi tu, yang menurut HR person tu aku lah orang yang pertama kali dapat pengiktirafan sebagai trainee yang cemerlang kat hotel dorang…wahahahahaha….bangga dirinya aku…tapi apapun aku memang jenis yang suka bangga diri…hehehehe…bila lagi nak bangga diri…lagipun kita sebagai manusia kat muka bumi nih memang kena selalu bangga pada diri sendiri…tapi walaupun aku nih jenis yang suka bangga diri, aku tetap seorang yang suka bersederhana dan merendah diri…ye ker???
Satu buktinya aku nih suka merendah diri adalah aku lebih suka pakai pakaian yang simple2 jer…. Tapi bukti yang paling kukuh aku memang jenis yang merendah diri adalah ketinggian aku yang hanya 149cm…rendahnya…!!!Huhuhu…
Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak pasti siapa aku yang sebenarnya…kalau nak cakap jenis yang selamba, kekadang tu tak jugak…kalau nak cakap jenis yang ayu, huhuhu…macam tak jer…aku ayu? Wahahahaha….membesar dalam persekitaran yang hanya dikelilingi oleh abg dan adik lelaki…recycle balik baju abang..ikut abg terjun sungai kecik yang sekarang nih org panggil longkang masa kecik-kecik…pastu nak join abg panjat pokok, walaupun tak kesampaian…make-up? Hahahha…jauh sekali…aku mula guna compact powder dan gincu ketika usia aku 23 tahun…tahun terakhir di UMS…itu pun selepas lecture aku yang selalu perli dan sindir-sindir maut…huhu…kalaulah aku tak study dalam bidang perhotelan, aku sure lah sampai sekarang pun aku tak guna gincu dan compact powder…sekarang nih pun pergi kerja pagi jer aku kenakan semua benda alah tu…lepas tengahari jer, lepas solat Zuhur…aku adalah aku yang tak reti nak bubuh gincu dan compact powder…kesimpulannya aku hanya guna benda alah tu hari Isnin hingga Jumaat dan waktu pagi sahaja…hahaha…tapi yang aku tak pernah tinggal adalah pencuci muka…tiap2 hari kena buat…kalau tak rasa macam besh jer…kalau pergi kerja pulak, aku lebih suka pakai baju kurung biasa jer…tapi aku rasa kalau aku boleh pakai jeans pergi kerja, itulah choice aku…hikhikhik…kalau g pasar pulak, heheh…jeans n t-shirt la…pastu guna selipar…kalau pergi kerja, guna ladies punya selipar, kalau g pasar, guna selipar toilet org gelar…tapi bukan selipar jepun…tapi ada rupa2 macam selipar jepun jugak la…selipar Jepun yang dah di upgrade…hehehe…
14 Feb 09
Assalamualaikum…
Cerita kat atas tu adalah cerita yang aku nak masukkan dalam blog aku nih selama seminggu…satu sebab nyer kenapa aku baru publish hari ialah aku busy sikit kat ofis nak curi tulang…hehehe…jadi bila time lunch tu, aku just type apa yang aku nak syer hari tu…hujung miggu baru publish…la ni aku kat pasar malam. Thank Ma Baker…baru hari nih aku dpt online. Semalam tak dpt online sebab signal dier tak sampai…Alhamdulillah hari ni boleh pulak…macam tau2 jer…hekhekhek…
Ahah…sori yer cerita tentang aku kat atas tu tak lengkap lagi..semalam tak sempat nak type habis sebab dah nak balik rumah dah…balik rumah pulak mata terasa berat nak buka…jadi tido jer la..tak sempat nak sambung…hari nih…InsyaAllah kalau mak nak lepak lama2 lagi kat pasar malam…
Semalam aku cerita pasal selipar jepun yang dah di upgrade yang aku selalu guna bila pergi pasar…hari nih aku nak cerita pulak wallet aku..hehehe…aku tak ada handbag macam pompuan lain..wallet aku pulak memang wallet lelaki punya patern..tak reti la nak pakai handbag…dari kecik pun aku selalu guna wallet..AKu pergi kerja guna beg sandang…beg yang kaum sejenis aku pakai tu pun aku tak reti pakai…heheh…walaupun aku nih jenis pompuan yang tak cukup keperempuanan, tapi aku bukan free hair…aku pakai tudung tau…kalau korang baca entri aku yang terdahulu, kalau terjumpa gambar budak pompuan yang comel tu, aku la tu…pakai tudung kan?
Dulu aku nih boleh la jugak di gelar tomboy…haa..time tuh memang tak pakai tudung la. Rambut pendek, perangai ganas…hehe…sekarang nih pun ganas gak..tapi ganas bersopan…sekarang nih pun masih rambut pendek. Tapi disembunyikan oleh tudung. Aku mula pakai tudung nih sejak aku sekolah rendah lagi…time tu memang dah ganas dah…aku free hair time tingkatan 1 & 2. Tingkatan 3, aku mula pakai tudung sampai la sekarang nih…Aku tak pasti la apasal 2 tahun tu aku boleh free hair..haa…time tu lah aku boleh digelar tomboy sepenuhnya..hakhakhak…cuma tingkatan 3 tuh aku dah start tobat..tapi perangai macam tu jugak cuma lebih baik jer la…hihihihi..jadi kalau ada yang bakal masuk meminang aku nanti kena la terima aku yang seadanya…aku tak suka la pulak nak jadi orang lain…terseksa siot…la nih pun aku rasa macam aku jadi orang lain…semuanya pengaruh masa aku study kat UMS…huhuhuhu…aku kena carik semula diri aku sendiri la…yang rock selamba…hahaha…tapi masalahnya, aku nih rock minah bunga…huahua…bunga yang aku paling suka adalah bunga ros…tapi aku tak suka pulak kalau ada yang bagi aku bunga…rasa macam nak humban jer bunga tuh dalam tong sampah…kalau aku beli sendiri, baru aku simpan bunga tuh sampai dier layu di tasik air…
Erm…bapak dah sound nak balik…InsyaAllah hujung minggu depan aku kembali lagi dengan cerita mengarut tentang aku…hehehehe…