Miri Landslide Jan 30th 2009
Erm…thank to person who download this video in youtube…kredit to you…
Bila Pemikir Berkarya
Tika Pemikir Berfikir
Memori Pemikir
-
Baru dari Pemikir
-
Paling Ngetop
- Tiada
-
Spam
Miri Landslide Jan 30th 2009
Erm…thank to person who download this video in youtube…kredit to you…
Assalamualaikum…
Nih kali kedua berlaku…kat Jalan Miri-Pujut…dan tempat kejadian is kat Kpg Lereng Bukit…mengikut sumber, 5 buah rumah yang kena…huhu…hope they all semua tabah dan harap2 takder lagi yg terkorban…sebb setakat aku post entri ni, aku tak dgr lagi pasal berita yg lebih menyedihkan. Hmm…hujan yang tak berhenti dari awal Jan dulu mungkin salah satu penyebab…
This is the worse than before….tapi bapak aku cakap ni adalah kali ketiga tanah runtuh di bumi Miri…yg first sekali masa perang jepun…. ![]()
Loveable<Hmm?> Likeable<Not realy> Friendable<maybe
> Approachable<entahlah..sometimes kot>. Are all the things that describe you<hehehe…ye ke?>. A good friend<erm..aaa…
>, and someone who does not hold back. Your upfront and don’t hide, people always know what there going to get from you and their are no hidden surprises. Which could be a good thing and a bad thing. You maybe popular<wahahahaha..!!!>, but sometimes if you sit back and pay attention then you can learn more about yourself and others<yeah…maybe it’s true>. You should be more opened to new things instead of sticking to the norms<
>. LOVE MATCHES: Fruity Pebbles and Pop Tarts<ehek..nice to meet you Fruity Pebbles and Pop Tarts>.
Assalamualaikum…
Whoa….!!! Apa yang aku buat hari ni kat ofis?
Huh..!!!! Dari pagi sampai ptg layan e-novel…love u Hlovate!!!!
Hahahaha….dan layan ym my dear ct n sal…huhuk…
Uhuks….!!! Bila bos tiada…
eheh…tak la jugak makan gaji rabun hari ni…cuma ptg ni lepas terasa insaf, baru sentuh kerja-kerja yang tertangguh dari pagi tadi…ahakz…tak per la kot..sebab tak der yang due hari ni…dan sekarang nih…hehehe…layan blog la pulak…
Apapun…not only me yang telan blind salary…akak kat belakang aku layan e-shopping…abg kat belakang aku plak layan hp baru…wahahahha…akak sebelah aku? erm…..macam biasa la kot…uhuks…apa nak buat nih? Buat2 busy pon tak lalu nih…heheh…cepat la masuk ofis en. bos…ada la jugak keringat aku ni ko kerah…tak la jugak bagi gaji free jer…huh…!!!!
Aaaaaaaaa……..!!!!! tunggu gaji masuk lagi satu hal…cepat lah masa berlalu…dan cepat lah Ogos ku tiba…huhuhuhuhuhu……
Assalamualaikum…
Once again…
What do we have here? Not bad… … Your friends just feel like hugging you because you’re just so adorable!<yeah…i know> You’re humorous and a laugh to have around<hahaha….awet muda siot…>. Guys/girls love it! You’re dreamy and easy-goin<uhuk….>
Assalamualaikum…
Wahahaha…aku singgah kat quizilla…dan ini resultnya….
Created by MusicLove88
13-17
Being 13-17 is a wide range, but you have many friends<ye ker?> and love love LOVE to talk to them all the time<sometime>. After school and things like that all you want to do is just hang out and relax<besh nyer kalau dapat buat macam ni sekarang>.
Assalamualaikum…
Uh…memang sunyi dan sepi…bila line internet tak der kat ofis…tapi bagi aku tak der la bagi kesan sangat..sebab aku ni jarang nak surf internet….kecuali bila dan bosan giler…sampai dah rasa nak putus fius kat otak, baru lah aku rajin nak surf internet…itu pun just baca online news….hakhak….dan untuk cari supply….macam tadi, aku dapat new enquiry dari client, jadi nyer bila tak der line internet, aku tak leh plak nak send out email dan cari supplier baru…hukhuk….
Malam ni aku amik sikit kesempatan waktu nak surf internet guna HotZone dConnexxion yang masih di provide free kat bandar Miri…kot..? Aku baru lepas balik dari training CIMB Wealth Advisor…dan kat kesempatan ni jugak nak promote Unit Trust….sapa2 nak beli sila la kontek aku….baik menabung time kegawatan ekonomi nih….hehehehehehe
Hmmm….hari ni aku btl2 terasa yang salah satu fius kat otak aku ni dah rosak…giler siot….aku tak tau kenapa tapi aku tau apa sebabnya…sebab tu jugak lah aku rajin nak angkut laptop mak ni pg training….sebab aku tau yang aku dapat guna free dConnexxion kat ofis tuh….
Hah…aku rasa nak balik lah….seram plak lepak sorang2 dalam kereta….hehehehhe….bubye….nanati kalau aku rindu kat korang, ada la aku buat kerja jahat….hakahkahakhk…..rosak fius….huhuhuhuhuk….
Assalamualaikum…
Wah..wah…wah…rindunyer nak mengarut kat blog aku ni….dari minggu lepas, lepas entri aku pasal pic MMPESB, aku tak berkesempatan nak singgah kat blog aku…nak cakap busy tu mungkin jugak lah…kerja sebagai typist yang tak bertauliah ni mmg kekadang tu kena berkorban masa jugak la…lebih-lebih lagi kalau banyak sangat benda yang kena taip…setakat ni, aku hanya mampu menaip satu quotation 2 muka surat selama 30 minit….huh…memang tak bertauliah sungguh…atau mungkin satu lagi sebabnya aku tak tahan dengan ke’slow’an network kat ofis…ye la…dah namanya nak mencuri tulang nak melawat blog, kena la curi-curi masa…kalau nak buka site pun amik masa sejam, kirim salam jer la nak surf tnet…tapi sekarang ni ada sikit besh..hehehehe…salah satu cara aku nak boikot produk starbuck adalah dengan mengambil kesempatan menggunakan laluan free tnet dorang…tak yah bayar, guna free jer…sebab kalau bayar maksudnya aku tak boikot la…wahahahahaha….
Ermm….oleh sebab free+pantas, aku pun nak melepaskan kerinduan nak mengarut kat blog aku ni…aku terasa macam banyak benda aku nak karut kan dalam entri aku kali ni sebab dah banyak sangat dah bersarang kat dalam otak aku ni nak di luahkan….mungkin ada beberapa perkara yang akan aku karutkan dalam entri ni dah ketinggalan zaman, atau dah basi, tapi tu lah perkara-perkara yang sangat2 aku nak syer dalam blog aku ni…aaaaaa…..yang mana dulu erk? perkara yang ‘past’ atau ‘present’ nak cerita dulu? Hmmm…kalau dalam resume, yang present la dulu kan? So, senarai kat bawah tu akan menceritakan perkara yang terjadi sekarang dan berakhir dengan cerita yang berlaku berminggu-minggu lepas…heheh…
1- Sekarang ni aku berada kat airport Miri. Tengah taip blog la…wahahahaha….huh…aku di sini bukan hanya sekadar nak taip blog, tapi sebenarnya nak isi masa lapang sementara nak tunggu flight AirAsia yang membawa PaMa dari KL ke Miri…Flight dijangka landing kat landasan dalam kol 2115hrs…sekarang ni, aku masih ada satu jam lagi nak meluahkan semua perkara…huhuhuhu…..sempat ker dengan kepantasan menaip aku yang slow…hukhuk…
2- 10 hari yang lalu, aku bergelar bujang kat rumah bapak…hehehe…sebab 10 hari yang lalu, PaMa pergi KL jenguk abang. Hmmm….ni bukan kali pertama aku solo kat rumah tu, aku rasa dah dua kali kot…jadi kira ok la sikit kali ni walaupun kena tinggal solo selama 10 hari…sebelum ni tak sampai seminggu pun aku di tinggalkan seorang..ditinggalkan solo kali ni benar2 mengajar aku rasa tanggungjawab…kalau selama ni aku selalu tidur mati tak ingat dunia, tapi kali ni, dengan sendirinya aku akan terjaga seblum waktu nya..dan kali ni jugak lah aku dapat rasa betapa aku terlalu bertanggungjawab nak jaga rumah, dan kawasan persekitaran aku…sebelum masuk tidur, aku akan teringat pasal 2 buah keta kat luar rumah…aku berharap dan berdoa, semoga pagi tu aku tak akan mati terkejut sebab keta hilang…huhuhuhu…sebelum ni, aku tak peduli pun. Sebab ada bapak..jadi sebagai anak perempuan, aku tak kisah sangat lah pasal tu..sebab ada bapak nak jaga keselamatan keluarga…tapi bila dah hidup solo, oh…baru ku tahu yang aku betul2 kena jaga diri dan harta benda PaMa…
3- Syioknya jadi orang bujang bila tak payah nak fikir pasal nak makan ker tak atau nak makan apa….hari pertama aku ditinggalkan solo, aku pergi borong Mi Segera…hehehehe….tapi sebenarnya aku tak la akan terbulur kalau tak makan nasi pun…sebab seingat aku, dalam 10 hari aku ditinggalkan, aku hanya makan nasi dalam 4 kali jer…bukan 4 hari haa…mungkin tu dah tabiat aku kot…sebab tu lah bila duduk jauh dari keluarga, aku mampu mengurangkan berat badan…(huh…aku tengah bengang ni, entah anak sapa la yang tak pernah tengok orang buat kerja…berdiri rapat ngan aku lagi tu..jakun…) tapi bila duduk ngan PaMa, mula la aku macam anak pelarian yang tak cukup makan…huh….
4- Hari Jumaat yang lepas, Miri digemparkan ngan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan 2 orang pekerja Shell terbunuh…kejadian tu betul2 berlaku di stesen minyak Shell yang terletak kat bawah bukit Canada…(huk2 bunyik macam kat Canada jer) ataupun dikenali jugak dengan panggilan Kampung Lereng Bukit…mengikut satu sumber, kejadian tu adalah kejadian yang pertama kalinya berlaku kat Miri…maksudnya sebelum ni tak pernah berlaku la…tapi aku tak pasti la betul ke tak sebab aku baru hidup kat Miri ni pun baru 25 tahun…dan dalam usia aku nak menganjak ke usia 25 tahun tu, baru ni aku dengar ada kejadian tanah runtuh kat Miri…tapi kalau sebelum ni pernah berlaku, mungkin aku tak perasan atau aku lupa, atau aku memang tak tau…
Hmm…apapun ucapan takziah tok keluarga mangsa yang terkorban…walaupun keluarga dorang kat Indonesia…
5- Kalau korang masih ingat cerita aku tentang anak-anak kucing aku dulu, Si Mimi dan Si Hitam, sekarang ni diekor berdua tu dah ada 7 ekor anak…Si Mimi ada 3 ekor anak dan Si Hitam pulak ada 4 ekor anak…alhamdulillah diekor masih bernyawa sehingga kini…dan sangat-sangat comel….dan paling syiok nya bila diekor macam kenal jer aku tuan diekor…jadi bila aku bagi ibu2 diekor makan, diekor akan mula la nak bermanja dengan aku hinggakan mak diekor tu jeles…wahahahaha….apapun, aku harap diekor terus bernyawa sehinggalah diekor besar panjang…sebabnya, aku dah berpeluh kejar diekor yang berkeliaran dalam rumah bila diekor baru pandai nak berjalan….kalau setakat berkeliaran tak per la jugak, ni ada yang buat muka poyo buang najis kat tengah2 rumah…masa aku nak pergi kerja pulak tu…dan ketika aku bergelar solo pulak tu…huh….terpaksa la aku mengorbankan masa sikit nak angkut diekor ke rumahku syurgaku kat bawah rumah bapak…padan muka diekor…dah orang bagi kebenaran duduk atas rumah, tak nak dihargai…
6- Hah…lupa la pulak….perkara ni sepatutunya kat atas…tapi oleh sebab sengaja buat lupa, maka, ianya berada kat bawah…ehheh…pagi tadi, aku sekali lagi pergi jenguk adik yang berada kat Kem PLKN….yang besh nyer, aku pelawat pertama yang datang pagi tu…ihik…lama jugak la aku lepak2 ngan adik kat kem tu…saja nak buang masa sebagai orang bujang…hehehehehe…..aku pergi sorang walaupun mak suruh aku pergi ngan sepupu-sepupu aku…saja tak nak bawa dorang…aku lebih suka sendiri…hehehehe…lepas balik dari jenguk adik, mood aku sangat2 rajin nak kemas almari buku…sebab buku2 novel dah penuh dalam bilik aku…jadi aku nak clearkan bilik aku dan letak semua novel2 aku kat almari buku yang bapak buat kat belakang rumah…
Hah…ni la dia…yang tingkat atas tu, buku2 ilmiah…buku2 yang aku, abang dan adik simpan masa bergelar budak sekolah dan bergelar siswazah(kecuali adik). Jenuh jugak la nak susun balik buku2 tu sorang2…sebab sebelum ni, keadaan buku berterabur…jadi tadi petang, aku susun ikut subjek…aha…yang tingkat bawah tu pulak, koleksi novel2 milik aku…selain novel, majalah kecik feveret aku pun ada, Matika…yang paling banyak, novel dari penulis Ramlee Awang Mursyid dan Nass Alina Noah…yang lain2 tu, dari penulis yang berbeza…dan novel milik aku yang paling tebal adalah novel yang bertajuk Bukan Putri Lindungan Bulan….selain yang ada kat almari tu, ada lagi yang kena pinjam sepupu aku yang sampai sekarang tak nampak batang hidung buku tu…dan…1 set buku Harry Potter dari siri 1 hingga 7 yang sekarang ni berada dalam bilik aku….saja taknak letak dalam almari sebab buku2 tu aku selalu ulang baca…heehhehehe…dalam susunan novel2 tu, ada 3 buku baru yang aku baru beli melalui online…hadiah sempena dapat bonus…wahahahaha…tapi sebenarnya aku beli 4 buah buku…yang satu lagi tu di pinjam oleh rakan sekerja kat ofis…harap2 tak jadi milik dier la….aku tak baca lagi buku tu….huhuhu…antara ke-4 buah buku baru yang aku beli tu, ada sebuah buku yang aku sangat syiok baca hinggakan sekarang ni masih terasa auranya…Novel tu milik penulis bernama Hlovate….bertajuk 5 Tahun 5 Bulan…besh giler…
7-Hah…satu lagi…last kot…Miri sekarang musim tengkujuh….bukan setakat Miri, tapi seluruh Sarawak…hujan hampir tiap2 hari….dan angin ribut pun hampir tiap2 hari…kat rumah uncle aku kat Mukah, air banjir setinggi paras pinggang…whoa….besh nya kalau dapat main air banjir…kat kampung Luak, tempat aku tinggal sekarang ni, dah tak ada banjir lagi da…sebab sistem peparitan yang sistematik….besh lah….
Hah…dah dekat nak kol 9 nih…aku rasa nak berundur diri dulu lah….lagipun aku rasa dah habis dah kot apa yang aku nak criter sesangat kat blog aku ni….tapi aku rasa macam masih ada benda nak aku karutkan….tapi….tak per la…next time kita buat jahat lagi…flight PaMa sekarang ni pun mungkin dah ada kat kawasan pulau Borneo nih…lagipun, aku nak tgk Anugerah Juara Lagu Ke-23…nasib baik airport nih ada provide TV….beshlah airport Miri….oklah….aku nak caucincau…..bubye….
Wassalam…..