Arkib Bulanan: Disember 2008

Assalamualaikum…

First…Selamat Tahun Baru 1430H….
Second…Selamat Tahun Baru 2009…

Tahun lepas tak sempat nak wish sebab sehari lepas tahun baru Islam, aku terasa malas nak surf internet…sebabnya jugak aku tidak duduk di meja aku sepanjang hari tu…aku duduk kat ofis bawah…sebab tu malas nak surf internet…sebab PC staff kat bawah tu selalu tersekat…huhuhu…

Tahun lepas pulak, internet server down…dari pagi sampai petang…dah report dah…tapi tak boleh nak solve jugak problem internet kat ofis…jadinyer…malam 1 Jan 2009 ni, aku amik kesempatan pakai TMNet abg tok surf tnet dan wish Happy New Year kat korang…

Malam tahun baru ni mesti ada terima SMS tanya apa azam baru…bagi aku…tak perlulah kot nak tunggu tahun berganti baru nak ada azam baru…sebab aku ni selalu ada azam baru sebelum tahun berganti…itu bagi aku…mungkin bagi korang berbeza… ;)

Dan tahun baru ni jugaklah menunjukkan usia dah semakin meningkat terutama yang lahir pada 1 Jan…huhuhuu…sedihnya…awal sangat T.U.A….

Hmmm…aku rasa kita bicara lain kali lagilah…sebab mata aku dah rasa memberat….hehehehe….

Selamat Tahun Baru 1430H & 2009M

p/s- Lupa plak…congratulation tok sepupu aku, Norhasmira bt Hj Mohd yang dapat 8A dalam exam PMR…you are the best buddy….

Assalamualaikum…

Hari ni terasa suram sikit. Kat luar ofis suram, dalam ofis pun suram. Sejak semalam, bandaraya Miri dibasahi air hujan. Jadi kat luar ofis tu terasa lembab la…kalau sekarang ni kat rumah mungkin dah merehatkan mata…hehehehe….

Kat ofis pun sekarang ni tak jauh bezanya sebab dalam ofis sekarang ni hanya ada 3 orang jer..kat ofis bawah 2 orang…yang lain semua cuti sambut Krismas…bos pulak sejak lunch belum masuk lagi..jadi nya sungguh2 terasa honeymoon hari ni…uh…bosan dan mengantuk…tadi lunch pg rumah terbuka Krismas Kak Melissa…tak jugak la aku makan banyak sangat…tapi mata ni mengantuk pulak….sebab nyer tak der apa nak buat…semua nya kena tunggu orang2 atasan balik kerja semula nak buat decision…apa sangat la aku ni sebagai kerani…nanti buat keputusan sendiri, di persoalkan la pulak…

Untuk mengelakkan aku mengantuk, aku pun mengarutkan diri kat blog aku…ni cerita orang2 yang tengah bosan…huhuhuhu….huh…tak tau nak cakap apa lagi ni…otak pun dah terasa beku oleh kesejukan…aku rasa macam nak main game la…hehehehe….sementara bos belum masuk ni…. ;)

Assalamualaikum…

Semalam, aku dan family pergi airport sebab semalam, jam 730, mendaratnya kapal terbang yang membawa jemaah haji pulang ke Miri…

Ketika melihat wajah ceria jemaah haji yang baru pulang, rasa rindu nak pergi mengerjakan haji menghambat diri…tapi tak tau la bila akan kesampaian hajat tu…

Kerinduan tu mula berputik ketika mak dan bapa pergi mengerjakan haji setahun yang lalu…dan semenjak tu aku dah mula berangan dalam masa terdekat aku akan menjejakkan kaki di tempat kelahiran Nabi Muhammad…dan sejak tu juga aku mula kumpul duit…tapi tak tau lagi bila nak mencukupi…sebab nak daftar nama pun tak cukup syarat…huhuuhu…insyaAllah suatu hari nanti…. ;)

Assalamualaikum…

Hari sabtu yang lepas, seluruh Malaysia tahu yang juara AF musim ke-3 kawin…Asmawi Ani @ Mawi dan jugak Norasyikin Rahmat @ Ekin…Mungkin perkahwinan ni bolehlah di ibaratkan sebagai wedding of the year…

Hari sabtu tu, aku dan family terpacak depan tv nak tgk siaran langsung majlis ijab kabul Mawi dan Ekin kat Masjid Sultan Abu Bakar Johor…walaupun sebenarnya aku dan family bukanlah peminta fanatik Mawi, tapi kitaorang tetap nak tgk majlis ijab kabul tu yang dibawakan secara eklusif oleh Astro..Acara masak-memasak hari tu tertangguh sebab nak tgk siaran langsung tu…dan yang peliknya, aku dan mak menitiskan air mata selepas Mawi melafazkan ijab dan kabul…dalam titisan air mata tu, kami berdoa semoga jodoh Mawi dan Ekin sampai ke akhir hayat…biarlah kematian yang mampu memisahkan mereka kelak…

mawi-ekin-nikah

Assalamualaikum….

Semalam dan hari ni aku menghadiri training yang berkaitan ngan insurance. Dan benda ni tak melibatkan syarikat aku tapi melibatkan kerja part time aku…dulu aku pernah cakap pasal ruang. So, ini lah dia…tapi bukanlah maksudnya aku jual insurance sepenuhnya. Aku terlibat dalam Unit Trust. Insurance ni hanya sampingan. Jadi kalau korang nak beli insurance, boleh la cari aku…hahahaha….tapi sekarang ni aku still dalam proses pembelajaran…

Well…wish me luck… ;)

Harga petrol terus menunjukkan penurunan. Sekarang harga petrol RM1.80. Lebih rendah dari harga petrol sebelum kenaikan mendadak pertengahan tahun yang lalu….Tapi sampai bila harga petrol ni akan berkekalan…Mungkin sekarang ada yang mengeluh lega…tapi dalam kelegaan, ada juga risaunya…Berapa bulankah harga petrol serendah ini akan bertahan…bagi aku, sedikit rasa lega dan sedikit rasa risau harga petrol serendah itu akan meningkat lagi…mungkin ketika belum puas untuk menikmati penjimatan dari harga petrol yang rendah…segalanya mungkin…kita hanya mampu menunggu bila hati kita akan dikejutkan kembali dengan peningkatan harga petrol yang mendadak…

Assalamualaikum…

Huh..tgk kanan…tgk kiri…tgk belakang…tgk depan…apa nak buat?

Nak jalan-jalan hujan kat luar ofis…nak jalan2 kat alam maya…nak gi mana…??Last-last terciptalah entri ni di saat kebosanan menghentak kepala otak…Bos takder…orang kat sekeliling aku buat kerja sendiri…aku? Aku rasa kalau sebulan bos outstation, sebulan tu jugak la makan gaji buta…huhuhuhu…

Tadi lain internet kat ofis tak beroperasi…jadi semua mogok…email-email pun tak leh nak download…jadinyer…semua orang kebil-kebil mata tgk skrin komputer….hahahahaha….situasi biasa kalau bos takder…ofis ini milikku..!!!

Ofis aku ni ada 2 tingkat…aku kat tingkat atas…ada 7 orang kat atas termasuk bos…yang kat bawah….pun 7 orang kot…sebab yang kat bawah selalunya takder kat ofis…selalu g site dan selalu ada tugasan kat luar…tapi tak semua la..sales persons dan jugak ofis boy yang selalu kluar…yang lain tu lepak-lepak kat ofis jerla…apa yang dorang buat aku tak tau…tapi kalau yang kat atas ni, aku tau la….

Bila bos ada kat ofis, semua akan busy…termasuklah yang buat-buat busy…klik mouse…tekan papan kekunci (keyboard)….tapi sebenarnya chatting…dan ada jugak yang main game….dan tgh update blog…hakhakhak…pastu untuk pastikan lakonan berjaya, ada selai kertas kat depan mata…kononnya tgh taip sesuatu yang ada kaitan ngan kertas tu la…tapi sebenarnya kertas tu kertas kosong yang takder apa2 kegunaan pun…huhuhu…nak buat macam mana kalau dah takder kerja langsung…ada bos kat ofis plak tu…aku la yang paling syiok buat macam tu…letak selai kertas depan mata pastu taip entah apa-apa…sebab kerja aku memang menaip…akak kat belakang aku plak…ingatkan tgh reply email…tapi rupanya chatting….abang kat belakang aku pun macam tu jugak…ingatkan tengah cari supplier dan search sumber tok enquiry yang datang…tapi rupanya tgh main game…akak kat sebelah aku plak…hehehe…kalau bos ada, memang dier banyak kerja…tapi kalau bos betul-betul ada…kitaorang selalunya jadi budak baik….sebab memang akan banyak kerja yang bos bagi….yang akaun plak…entah…aku tak tau…sebab dorang dalam bilik….tapi selalunya memang akan busy kalau hujung bulan…hehehehe…

Bila bos takder kat ofis….yang semua kerja-kerja jahat yang disembunyikan masa bos ada semuanya keluar secara terang-terangan…mulut tak berenti mengunyah….tak reti nak diam…internet explorer ngan mozilla pun tak akan berenti kerja…Hahahaha….takder la makan gaji buta sungguh-sungguh…bila ada kerja nak buat tu…buat jugak la…cuma masa santainya lebih sikit bila bos takder…nak release tension la katakan….buat kerja sikit…tapi rehatnya melampau…sebab bila bos ada, takleh nak rilek selalu sangat….Kerja aku plak…bila takder apa-apa dokumen nak di taip….mula la nak melilau…tgk akak belakang…tgk akak kat tepi…tgk abg kat belakang…last-last tersengih..sebab kerja dorang, dorang dapat buat sendiri..tak perlukan pertolongan aku…dan dorang memang akan busy walaupun bos takder…cuma aku yang tak reti nak buat apa…..nak chatting….aku ni jenis yang tak ader idea…nasib baik la mesin faks tak rosak dan company lain tak tido….ada jugak la benda nak dibuat aku…huhuhuhu…itu la sebabnya kenapa mula-mula aku kluar dari alam pembelajaran, aku berkeras tak nak kerja dalam ofis…lebih-lebih lagi bila jadi kerani…

Hahahahahaha…..sekarang aku takder idea nak buat apa…idea nak suruh aku crita pasal ofis aku bila bos takder di cadangkan oleh kawan aku…jadi…ni la dier…kalau bos baca ni….kompom kena tahanan ISA….huh….potong gaji…waaaaaaaaaaaa………….bukan salahku….tapi salah kerja yang takder….tapi kalau aku dah bosan sangat….dengan rajin nya aku akan cuci toilet….hukhuk…..

Tapi apapun….kitaorang curi tulang sebab saja nak rilekskan diri…rehat kejap sebelum teruskan lagi kerja….sebab kerja tu satu amanah….kalau tak nak kerja balik umah tido…jadi jangan curi tulang selalu sangat….kalau selalu sangat curik tulang…kumpul2 bleh jadi rangka dinasor…apa lagi yang korang baca blog aku ni….pergi la buat kerja….curi tulang ker????bagitau bos nanti baru tau….

Apa bezanya aku….?????Mengarut……..!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum……haluuuuuuuuu…

Hari ni aku harap aku berkesempatan nak update blog aku….yes….aku dapat update blog aku….yeyeyeyeye……

Minggu lepas….line tnet kat ofis aku kurang ok….jadi aku malas nak jalan-jalan kat alam maya dan seterusnya meng’update’ blog aku…

Minggu-minggu sebelum ni….aku busy sikit….pun disebabkan oleh ke’slow’an line tnet….jadi aku malas nak berurusan dengan benda-benda yang slow ni…hari ni aku kuatkan semangat sebab aku dah rindu nak cerita something kat korang…..hikhikhik…..

Hari Ahad yang lalu, aku dan family pegi Mukah…balik kampung sempena raya Aidiladha….Harap tak kelewatan untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha….Sebenarnya dalam minggu aku di kampung, aku nak share cerita tentang perjalanan aku pergi balik kampung…tapi malangnya, line tnet x ok…wifi free yang di provide kat negeri sarawak ni tak dapat access….aku tak tau kenapa…mungkin setting tak betul kot atau aku yang tak reti nak setting…

Cerita balik kampung bermula bila kitaorang bertolak dari Miri jam 6 pagi…aku yang mengemudi….wahahahaha….syioknya buat pertama kalinya aku drive sejauh itu…..aku rasa hampir 400 kilometer kot….walaupun aku sakit belakang, tapi aku punya semangat nak drive keta balik kampung menyala-nyala….aku bawa slow jer la…dalam 110-120k/j…sebab aku sayang nyawa aku dan keluarga…hahahahaha…..

Dari Miri pergi Bintulu amik masa dekat nak 2 jam….sampai Bintulu sebelum jam 8….kitaorang tak lama singgah kat Bintulu, cuma nak buang yang patut dibuang bila berada dalam keadaan sejuk….huhuhuhuhuhu….pastu sambung balik perjalanan dan berhenti pulak kat Tatau…singgah isi perut yang mula berkeroncong…Huhuhu….baru jam 9 pagi, dah lapar….alah…kiranya kitaorang brunch la…sebelum kitaorang jumpa kedai makan, sempat la jugak aku menyesatkan diri dan keluarga dalam kawasan Tatau….untuk menyenangkan hati, bunyi nya nak tengok2 tempat orang….hehehehehe….tapi ayah dah bising-bising sebab aku tersalah masuk simpang…dan aku macam biasa hanya tersengih….huh….

Kitaorang bertolak dari Tatau jam 9.45….amik masa 2 jam lagi sebelum sampai ke simpang Mukah….Sampai kat Selangau atau dekat simpang ke Mukah jam 11.30…masuk simpang, mula-mula aku yang drive…sebabnya bila masuk simpang ke Mukah ni, jalan nyer teruk betul…banyak lobang…simpang ke Mukah ni, kitaorang gelar jalan ladang…sebab tepi-tepi jalan tu banyak ladang kelapa sawit…..jadi mungkin sebab tu jalan tak berapa elok….sampai kat pertengahan jalan ladang, aku dah tak larat sebab kaki aku mula kejang sebab suka sangat main ngan clutch…drive pula selalu guna gear 1, 2 dan 3….jadi ayah yang amik keta sampaila ke penghujung jalan ladang tu…selepas dua jam mengharung jalan yang penuh lubang dan jalan yang tak serupa jalan, baru kitaorang sampai ke simpang masuk ke Bandar Mukah…sebelum masuk ke simpang Mukah, aku tukar balik ngan ayah….sebab jalan masuk ke banadar Mukah tu elok sikit…dan hanya amik masa 45 minit nak sampai rumah…kitaorang sampai rumah Auntie aku jam 1…wahahahahaha….letih jugak la….tapi syiok….

Hampir setahun aku tak balik kampung….orang-orang kampung sure rindu giler ngan aku…hahahhaha….

Hari esoknya raya haji…kitaorang buat Majlis doa selamat…yang di ketuai oleh Uncle aku yang sampai petang hari yang sama ngan kitaorang…cuma lewat sikit sebab kereta dorang rosak kat Bintulu…lepas majlis doa selamat, pergi kubur nenek dan datuk…aku dan family aku jer la…sebab raya yang lalu kitaorang tak pergi…pastu kitaorang pergi rumah nenek saudara dan kemudian pergi ke Oya…jenguk kakak ayah…letih dan kekenyangan….huh…

Dua hari selepas tu, just relaks-relaks kat umah….makan tengahari beramai-ramai….cuci pinggan beramai-ramai…dan tidur kat ruang tamu beramai-ramai…..ah….itulah keadaannya bila kat kampung…

Hari khamis, iaitu semalam, kitaorang balik semula gi Miri….malam sebelum tu, aku sakit perut dan demam….tapi pagi nya, aku jugak yang drive balik ke Miri…sebab semangat nak drive sendiri masih berkobar-kobar….wahahahaha….kitaorang bertolak lewat dari kampung…jam 8.30…kitaorang sampai kat Miri jam 3.30….sebelum tu kitaorang singgah kat Bintulu isi perut….dan hujan lebat kat tengah jalan Bintulu-Miri menyebabkan perjalanan sikit lambat….sebab tu sampai Miri pun lewat….sampai jer kat umah, aku dah terbaring keletihan….dan demam aku semakinĀ  menjadi….tak larat lagi dah nak bangun…tapi aku gagah kan juga bangun dan telan pil panadol 2 biji…sebab hari ni aku kena sambung kerja…huhuuhuhu…hari ni pun aku masih rasa kurang sihat…masih rasa pening-pening lalat… ;(