Assalamualaikum….
Wah…lama tak jumpa…sebab aku dah lama tak jenguk….bukan lah busy sangat tapi setiap kali aku nak masuk, bos panggil. Dah tu, 2 tiga hari ni line internet kat ofis slow sikit…sampai kan aku tak dpt langsung nak log in ke blog aku ni…aku tak tau la sebab apa….nak log in masa lain, aku tak der komputer kat umah…cuma sekarang ni ada laptop baru kat rumah…mak yang beli…tapi line internet takder….
Dalam entri kali ni aku nak criter pasal ruang-ruang nak cari duit lebih….kiranya nak buat partime job la…Hari Isnin yang lepas aku trima satu sms dari someone yang suruh aku hadir ke taklimat kerjaya satu company yang agak besar jugak la…mula-mula tu, aku tak nak pergi…sebab dalam kepala otak aku, aku tak minat pun nak jadi warga company tu…tapi pagi hari Selasa tu, aku just amik keputusan nak pergi jer ke taklimat kerjaya tu…mana tau ada yang besh….tapi, sepanjang hari tu, aku asyik fikir dan cuba cari keputusan yang tetap sama ada nak pergi ker tak….sampai lah ke petang….Walaupun keputusan aku tetap nak pergi, tapi aku masih bingung lagi….akhirnnya jam 7 ptg tu, aku drive sendiri ke tempat taklimat tu di adakan…kat Imperiall Hotel…Taklimat tu bermula jam 7.30ptg…aku sampai 7.15 ptg…bila aku sampai kat tempat tu, aku jadi sikit bengang…mana tak nya…dlm sms cakap Taklimat Kerjaya C***. Tapi bila sampai, Grand Business Oppurtunity C***. Kan ker jauh maksudnyer tu….macam nak buka business jer…macam suruh kita datang nak buat loan nak buka business…dah la aku tak tau nak buat business apa….aku masa tu dah naik hangin sikit…dah berkira-kira nak balik jer…satu lagi sbbnya aku naik hairan, yang datang semua yang dah berusia…yang aku tahu setakat aku hidup kat dunia ni, taklimat kerjaya untuk golongan yan macam aku…muda remaja dan tgh sesak nak cari kerja…ni…semua bapak-bapak budak…uh….tapi aku tetap tunggu…tak tau kenapa…bukan setakat tunggu, tapi aku masuk ke dewan taklimat tu…daftar nama lagi…mungkin ini ruang yang Allah buka dalam kesempitan yang menyepit aku….huhuhuhu….
Mula taklimat tu, aku masih bengang…tak masuk satu pun apa yang dorang cakap…tapi bila dah masuk slot yang ke-tiga, aku mula faham apa kaitan SMS yang di bagi kat aku dengan apa yang aku hadiri masa tu…bila dah habis semua slot…aku kembali bingung…nak join ker tak…??? Lagipun benda ni bukan kerja fulltime…kalau kerja fulltime, confirm awal-awal lagi dah aku blah….sampai la aku balik lewat malam tu, aku masih fikirkan peluang tu…sebabnya aku tak nak buat keputusan mengikut rasa teruja yang ada dalam diri selepas dengan kelebihan yang aku akan dapat kalau join…cukup lah selama ni aku buat keputusan mengikut keterujaan yang sementara….yang akhirnya langsung takder hasil…kali ni, aku nak fikirkan betul-betul…aku tolak ke tepi dulu semua faedah yang aku akan dapat….aku cuba cari jalan…betul ker jalan tu terang untuk aku diakhir kelak atau semakin suram dan gelap….
Dan aku cuba cari ruang waktu yang adakalanya terlalu terbatas untuk melaksanakan kerja yang bakal aku hadapi….mampukah aku? Yakinkah aku untuk berhadapan dengan semua cabaran yang bakal mendatang..??? Atau hanya sekadar seperti hangatnya tahi ayam….
Walaupun masih bercelaru pada ruang yang di buka, aku tetap kekal hati untuk merebut peluang…biarlah aku bercelaru dan keliru sekarang dari menyesal melepaskan peluang yang terbuka….dan aku sentiasa memohon kepada Allah…andai ruang itu untuk aku, tunjukkanlah jalan penyelesaian..andai ruang itu masa depanku, tetapkan lah hati dan langkah ku yang masih bercelaru untuk terus melangkah…
InsyaAllah….kalau ini ruang untuk ku….kita tunggu dan lihat apa kesudahannya…..kerana semuanya bergantung pada keyakinan dan ketabahan hati…..