Arkib Bulanan: Oktober 2008

Jalan raya sesak….otak sesak….poket pun sesak walaupun hari gaji…aduh…begini rupanya hidup bila dah mula hidup sebagai orang dewasa…kalau masa kanak-kanak @ pelajar dulu, bila rasa nak makan keropok, tapi takder duit, minta jer dari PaMa…apa pun nak dibeli, kalau takder duit, minta jer dari dorang…mesti hulur…zaman jadi kanak-kanak dan pelajar tak perlu fikir pasal nak bayar bil, nak bayar hutang pinjaman pendidikan (masa jadi pelajar, main pakai jer tak ingat satu hari nanti kena bayar balik), nak kena isi minyak petrol dalam kereta (kalau naik bas, kena fikir juga tambang bas yang dah bukan serendah 50sen @ RM1), nak isi kredit talian DIGI lagi, nak bayar hutang keta lagi (nasib baik aku tak perlu bayar full sebab separuh dan lebih abg yang bayar), nak beli barang-barang dapur lagi….uh…sungguh sesak bila gaji yang di perolehi tak sampai RM1K pada zaman yang bermaharajakan duit…mujur juga lah, PaMa ada buka gerai jualan kat pasar malam…boleh la tolong dan pastinya dapatlah juga upah untuk mengisi perut ketika waktu kerja…dan dapatlah mengurangkan bebanan perbelanjaan dapur…tapi…tak kan masih mengharapkan PaMa yang support? Sepatutnya, bila dah punya income sendiri, kita la yang sepatutnya tanggung perbelanjaan dapur…huh…mungkin bagi aku belum masanya…tapi bila? Usia semakin meningkat, kesihatan dan kekuatan semakin menurun…apatah lagi jika sering di himpit masalah kesihatan…mungkin fizikalku akan menjadi tua sebelum usia ku…

Hari ni aku masih dalam ke’blur’an. Dan mungkin minggu ni aku akan berada dalam blur…huhu…ye ker minggu ni aje aku blur? Bukannya sepanjang hidup aku ker aku blur? Huhuhu….Bagi aku, kalau aku blur tu, maksudnya hidup aku belum cukup rempah ratusnya. Banyak lagi perkara yang perlu aku tempuhi dan pelajari dalam hidup sementara kat dunia ni. Tapi aku rasa macam aku dah byk sgt buang masa sepanjang aku hidup ni. Umur dah makin meningkat, tapi byk lagi perkara yang perlu aku tahu, pelajari dan alami. Huh…banyak yang teramat banyak…bayangkan la aku baru menempuhi pengalaman hidup yang orang lain dah tempuhi masa usia kanak-kanak lagi…Bila aku ingatkan balik masa kanak-kanak aku, tiada apa pun pengalaman hidup yang mengajar aku sesuatu…Contoh paling mudah bila berbicara tentang IT..kanak-kanak sekarang, semua dah reti nak guna komputer…paling basic pun, menggunakan perisian Word. Kawan-kawan seusia aku dulu pun, dah reti guna benda alah tu..tapi aku, masih terkebil-kebil bila berbicara pasal IT. Nak guna perisian Word pun tak reti..Mungkin dulu, penggunaan IT kurang di ambil berat seperti zaman sekarang…atau mungkin juga kerana kanak-kanak dulu masih kuat sifat kekampungannya berbanding sekarang…

Tapi aku tidak boleh menyalahkan zaman…sebab, aku yang sepatutnya bergerak pantas untuk mengejar peredaran zaman. Huh…aku dah cuba berlari, tapi kaki aku seperti tersangkut pada palang…aku cuba memutarkan roda kehidupan aku lebih lancar dan pantas, tapi roda kehidupan aku penuh kekisi yang menghalang untuk berputar lancar dan pantas. Roda kehidupan aku seperti tersekat pada kehidupan yang satu..yang statik berada di satu tempat….dan kerana itulah, aku masih dalam ke’blur’an…

Aku memang jenis yang cepat bosan. Melakukan perkara yang hampir sama setiap hari boleh menyebabkan aku rasa sedikit gila…terasa macam hidup aku tak pernah berputar…aku ingin melakukan sesuatu yang lain…yang lebih terasa mencabar minda dan kudrat…

Hohoho…mungkin sekarang aku sedang berhadapan dengan sesuatu yang baru…tugasan yang di beri sedikit mencabar minda…mana tidaknya mencabar minda, tugasan yang perlu aku lakukan ni, adalah perkara yang berlaku sebelum aku berada di company ni…aku kena belek semua dokumen-dokumen lama untuk memahami apa yang aku perlu lakukan dalam menyiapkan tugasan ni…Sudah tiga hari aku menerima tugasan tu…tapi aku masih belum jumpa jalan keluar…dan mood aku masih lagi belum pulih…mood aku sekarang hanya nak rehat dan muhasabah diri….tapi….

Hmmm…aaaaaaa…..

Aku masih lagi blur…tak jumpa sumber-sumber untuk siapkan assigment yang Mr. Abg bagi…uh….!!!

Tengah hari tadi, aku terperasan, bukan hanya mimpi yang menjadikan jiwa aku sikit kacau hari ni…tapi kerana kegalauan hati….ada la sikit rasa rindu pada seseorang..rasa seperti sentimental sikit….ada la juga rasa kecewa pada impian dan harapan yang hanya masih menjadi mimpi…ah….

Hati aku hari ni sungguh-sungguh kacau dan berkecamuk…hingga menyebabkan otak aku pun lemah untuk berfungsi dengan eloknya…hinggalah aku cuba mencari ketenangan di rumah Allah..cuba memohon dari-Nya supaya hati dan akal ku berfungsi dengan tenang….Alhamdulillah, hati aku yang dari pagi tadi yang asyik berkecamuk dah mula tenang…akal ku pula menjadi ringan tanpa di bebani rasa kacau yang datang dari hati….cuma petang ni, kegalauan dan kekacauan tu datang balik…semuanya kerana sesuatu perkara yang mengingatkan aku kembali kepada impian dan harapan ku….

Hari ni aku terasa macam nak masuk dalam dunia ke’blur’an. Sebab hari ni tak byk sangat nak d buat…(tp sebenarnya byk lagi outstanding) Aku hari ni rajin sgt nak surf internet dan lepak-lepak kat blog org…Semalam dan hari ni mood aku sebenarnya masih lagi kacau…tp semalam aku dapat handle sebab kerja yang menggunung…hari ni….aduh…bengang nih….

Pagi tadi aku bangun tido dalam keadaan yang sugguh tak besh..sebab aku bermimpi yang sangat menyeramkan…terasa macam aku tersekat dalam mimpi tu…nasib baik aku dapat bangun dari tidur…kalau tak…uh…tersekat dalam mimpi la aku hari ni…bila la agaknya aku akan terjaga kalau betul-betul berlaku…kalau tersekat dalam mimpi yang besh2 tak per la kot…ni aku mimpi kena culik oleh lanun…nasib baik la dalam mimpi tu aku dapat lari dari lanun tu..kalau aku kena bunuh? Atau dorang kurung aku? Huhuhuhu….

Disebabkan mimpi tu lah hari ni aku terasa macam malas jer nak buat kerja…tapi…bos dan 2nd bos asyik jeling-jeling jer ni…aduh…dah lah takder mood nak kerja…nak tak nak buat2 busy la…buku bukak depan komputer pastu taip blog…hahahahahahaha……pastu belek2 paper…macam busy giler ja kan?

Hahahaha…kepala aku tgh pusing2 nih…aku di beri tugasan oleh Mr. Abg Romzi suruh update Company experience…mana la aku nak cari maklumat semua tu…aku tgh blur mana nak mula…dan kat mana nak cari…kalau ada pun, maklumat yang lama jer…yang terbaru aku tak tau mana dorang letak…kalau aku minta pun, byk la soalannya…cuma satu tpt jer yg dorang akan cadangkan…File Company experience…tp poblem nya file yg Mr. Abg aku tu bagi sama ngan file yang aku ada…dan terbaru…Mr. Abg suruh aku cari lagi yang terbaru dari yang ada dalam company experience tu….Selain tu kena cari tahun project tu dan value project tu…oh…tiba2 aku terasa macam aku tahu mana nak cari kalau pasal value…itu pun kalau betul la…kalau tak….huhuhuhuhu…file yg aku ada sekarang ni pun, 2nd bos yang update dan maklumatnyer, semua dier dapat dari bos…adakah aku perlu meng’interview’ bos untuk ini?

Huhuhu….walau apapun, aku tak kan mengaku kalah….aku akan carik jugak…walau kat mana pun ianya berada….hahahahahahaha…..

<update>

Jom Heboh d Sarawak untuk kali yang ke-3 d Miri dan kali yang ke-4 d Sarawak…Seperti penduduk Miri yang lain aku pun tak nak hanya mendengar guna telinga. Aku nak melihat juga….walaupun dah tiga kali di adakan kat Miri..cuma kali ni, aku lebih teruja dan lebih mengikut rentak kegilaan yang ada dalam diri…sanggup berhujan hanya untuk mengikut rentak hati yang teruja dan kegilaan…Mungkin gambar-gambar ini mampu menerangkan tatkala keterujaan dan kegilaan menguasai diri….

Klik pada gambar untuk pembesaran lebih sihat…. ;)

Shoot2 ni d ambil masa Melodi tgh On Air…aku berada di pagar di barisan hadapan….sempat la juga bersalam ngan Kak Fafau…hahahahaha…..klu tgk catch up melodi, ada la gak muka aku yg tak cantik tp cute menyibuk dpn kamera…itu pun klu perasan la muka aku tu…kalau tak, pendek umur la korang…hahahahaha…. ;)

Hari Sabtu lepas, aku berkesempatan menghadiri majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kat SMK Agama Miri. Itupun sebab adik aku turut tersenarai sebagai penerima anugerah…Adik aku menerima Anugerah Pelajar Terbaik Tingkatan 5. Alhamdulillah…itu bukti kesungguhan ibu dan ayah mendidik anak-anak untuk mendaulatkan ilmu….untuk adik, SAINI, tahniah…buatlah yang lebih baik pada masa hadapan…

Kamera aku takder anti gegaran dan pergerakan, jadi gitu la jadinya…kabur jer…adik aku pulak taknak posing sekejap…hu….

Ni ada beberapa gambar aku cuba amik dan nak tunjuk bakat amik gambar… ;)

Mlm semalam, aku tersentak ketika sedang asyik mendengar berita di TV3. Seorang Guru di tendang oleh pelajar sendiri….MasyaAllah…apa sudah berlaku pada anak muda zaman sekarang…Guru yang terlalu tinggi darjatnya senang2 di injak2 pengorbanannya…Kurang didikan kah anak muda zaman sekarang hingga guru yang berkorban masa mendidik generasi baru sanggup ditendang…Ya Allah, ampunkan lah mereka2 yang rugi itu ya Allah….

Hati aku bukan setakat tersentak tapi sebak menyelubungi hati…Guru adalah manusia yang aku hormati selepas ibu bapaku…kerana mereka lah aku kenal dunia luar…kerana mereka lah aku tahu menaip sekarang…tahu membaca dan tahu mengira…kerana seorang insan yang bergelar guru jugalah Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri…lihatlah betapa tingginya darjat seorang guru berbanding Perdana Menteri…

Zaman aku dulu, jangan kan nak tendang guru, cakap kasar yang tidak di sengajakan pun aku dah rasa berdosa yang amat sangat…seperti juga aku melakukan dosa kepada ayah dan ibu…

Aku tak tau nak cakap apa lagi…sebab aku betul2 rasa sebak bila kenangkan balik pengorbanan guru aku kat sekolah dulu…malah dorang sanggup alirkan air mata bila tengok pelajar-pelajarnya berjaya…sanggup memujuk pelajarnya yang berduka…sanggup membelakangkan keluarga semata-mata untuk melihat anak didiknya berjaya…

Dalam hal yang berlaku semalam, aku tak boleh nak salah sesiapa…mungkin sapa2 yang rasa nak derhaka pada guru, fikirkan lah dulu…kita tahu membaca kerana guru, kita tahu mengira kerana guru, kita duduk di kerusi CEO pun kerana guru, kita jadi manusia berguna di mata masyarakat pun kerana guru…apa lah akan jadi kalau tiada gelaran guru dalam hidup kita…aku pasti kita jadi manusia bodoh yang tidak tahu apa itu huruf A….

Buat insan yang mengajar aku menjadi manusia, anda adalah guru bagi ku…dan anda berada pada darjat yang lebih tinggi dari sekalian manusia di dunia selepas ibu bapaku…Terima Kasih guru/cikgu/teacher/pensyarah/dll….