Assalamualaikum…
Tgh aku besh main game monopoly kat handphone masa lunch tadi, tetiba kawan aku YM…(ni bukanlah ayat perbualan sebenar…tapi maksdnya sama…
K*****C : rozy, malam tadi aku mimpi aku kawin ngan sorang yang aku kenal, kemudian aku aku mengandung…
aku : ko tau apa maksudnya?
K*****C : apa?
aku : jap…aku cari…huhuhu…
Aku pun pegi la search….Mula-mula aku cari e-mail yang dihantar oleh Team Alam Jin…aku cari…cari…dan terus mencari….last2 tak jumpa….hukhukhuk….
Aku tak putus asa…aku pegi cari lagi…sebab aku rasa macam aku pernah baca tentang benda tu…ianya satu pengalaman seorang wanita yang dapat rawatan secara rawatan Islam…aku pun pegi la search kat http://akrine.blogspot.com milik Ustaz Abdul Majid Hasan….pun aku tak jumpa…sebab aku tak ingat artikal yang mana satu cerita ttg perkara tu…last2 nya aku pun bagitau la kwn aku tu…
aku : aku penah terbaca pasal benda tu…dier ni mimpi yang dier kawin, mengandung dan kemudian melahirkan anak…
aku : dier ni kawin ngan orang yang di kenali mukanya…dan memang betul dier ni dah kawin kat alam ghaib..
K*****C : huh…! Betul ker? takutnya…
K*****C : Jadi…aku ni dah kawin la…boleh ker aku kawin lagi nanti?
Huhuhuhuhu…….
aku : boleh la…tapi kalau jin tu tak nak syer, ko susah nak dapat boyfren, suami dan lambat jodoh…
K*****C : Huhuhuhuhu…patut la aku susah nak dapat boyfren…
Hehehehe….
Kesian kat dier, aku pun pegi la search lagi kat http://akrine.blogspot.com…tapi sebelum tu aku siapkan kerja aku dulu…(tak bleh curi tulang time kerja…nanti tak bertanggungjawab)
Aku pun baca la satu persatu artikal dalam blog Ustaz Abdul Majid Hasan tu…dan aku jumpa sesuatu yang aku nak syer…aku amik dari Ustaz Abdul Majid Hasan punya blog…
Cerita Perkahwinan Jin & Manusia (1)
Posted by Abdul Majid Hasan
Ada satu catitan sejarah menceritakan bahawa seorang jin lelaki terpikat pada seorang wanita (manusia). Kemudian jin itupun melamar wanita tersebut melalui orang tuanya. Dalam lamaran itu jin berkata: “saya khuatir melakukan perbuatan yang haram dengan dia”. Kemudian jin itu diperkenankan untuk bernikah dengan wanita idamannya.
Pada suatu hari jin itu menampakan dirinya dan bercakap-cakap dengan keluarga wanita berkenaan, berlakulah dialog ini:
+ : Siapakah kamu?
- : kami adalah umat sebagaimana kamu, sehingga ada juga bangsa sebagaimana bangsa-bangsa manusia
+ : Apakah di tempatmu adal mazhab-mazhab?
- : Ya ada. Diantaranya mazhab qadariah, syiah dan murji’ah.
+ : Kamu dari mazhab mana?
- : Saya dari murji’ah
Ada satu riwayat lain, iaitu dari Abu Mu’awiyah berkata; maka mendengar Al-A’masy berkata:
“Ada seorang lelaki jin yang berkahwin dengan seorang wanita dari manusia. Kemudian pada suatu waktu saya bertanya kepada jin itu. Makanan apakah yang kamu senangi? Ia menjawab: “Nasi”.
Sayapun segera menghidangkannya berserta lauk-pauknya. Saya tercengang apabila nampak sesuap demi sesuap bergerak ke atas, tapi saya tidak melihat seorangpun yang mengangkat tangan untuk memakan nasi itu.
Dari dua riwayat sahih di atas kita dapati:
1. Jin melamar manusia dan dinikahkan.
2. Jin ada bangsa dan fahaman mazhab sepertimana manusia
3. Jin juga makan nasi tetapi tidak jelas bagaimana
Perkahwinan jin dan manusia
Isu perkahwinan antara jin dan manusia bukanlah perkara baru. Setengah ulama menafikan kemungkinan berlaku perkahwinan tetapi majoriti ulama mengakui kesahihan berlakunya perkahwinan berkenaan.
Bagi yang mengatakan tidak mungkin berkisar dari asal kejadian manusia dan jin yang berbeza. Manusia dari unsur tanah dan jin pula dari unsur api, mana mungkin dua unsur ini berkahwinan.
Bagi menegaskan bahawa perkahwinan antara jin dan manusia boleh berlaku kita lihat beberapa hadis dan pandangan ulama tentang perkara ini.
Sabda RasuluLLAH SAW yang bermaksud “Apabila seseorang lelaki melakukan persetubuhan dengan isterinya dengan tidak menyebut nama ALLAH terlebih dahulu, maka syaitan akan bersembunyi pada penis lelaki itu dan ikut bersetubuh bersamanya”
Imam Harb Al-karmani dalam kitabnya “Kumpulan Masalah” meriwayatkan hadis dari Ahmad dan Ishak, hadis berasal dari Az-Zuhri berkata “RasuluLLAH SAW melarang berkahwin dengan jin”
Bila RasuluLLAH melarang, bermakna perkara yang disebut itu boleh berlaku, ini seperti Nabi SAW melarang makan sambil berjalan… yang pasti makan sambil berjalan boleh berlaku, kerana itu Nabi SAW memberi peringatan. Begitulah juga perkahwinan manusia dengan jin. Ia dilarang Nabi SAW, bererti ia boleh berlaku.
Imam Al-Ahkam, Qatadah dan Al-Hasan ketika ditanya tentang perkahwinan antara jin dan manusia, mereka bersependapat iaitu “tidak setuju”. Kalau tiada perkahwinan tentunya fuqaha akan menjawab “mustahil” bukan “tidak setuju”.
Uqbah bin AbduLLAH meriwayatkan seorang datang berjumpa Hasan Al-Bashri lalu berkata, “Wahai Abu Sa’id, ada seorang lelaki dari golongan jin yang melamar gadis dari golongan manusia”, maka Al-Hasan menjawab “Jangan engkau nikahkan dan jangan engkau menghormatinya”.
Pada dasarnya ulamak berpendapat tidak dibolehkan berkahwin antara jin dan manusia.
Ada juga ulamak yang berpendapat boleh.
Pendapat ini bersumber dari ulamak besar yang bernama Al-A’masi, diriwayatkan bahawa beliau pernah menghadiri perkahwinan manusia dengan jin apabila beliau diundang. Seandainya perkawinan ini diharamkan beliau pasti tidak datang memberi restu.
Ada satu riwayat dari Zaid Al-’Ami bahawa beliau pernah berdoa “Ya ALLAH berilah saya seorang jin untuk saya nikah dengannya” Ada orang bertanya untuk apa wanita jin, wahai Abul Hawari? beliau menjawab: “Untuk menemaniku pada waktu aku pergi sehingga dimana saja aku berada ia selalu bersamaku”
Jadi bagaimana anda, mahu kahwin dengan jin?
Dalam kes rawatan kebanyakan perkahwinan bukanlah perkahwinan seperti di atas, ia lebih kepada kahwin paksa, dalam istilah lebih ganas “kena rogol”.
Saya pernah didatangi pesakit yang menceritakan dia sudah tidak bermaya lagi kerana diajak bersetubuh oleh jin hampir setiap malam, pesakit ini datang jauh dari Pulau Pinang.
Begitu juga kes seorang wanita di”rogol” oleh jin dan yang terbaru apabila saya merawat S dari Kajang yang telah dikurniakan 3 orang anak. Seorang wanita bermimpi dinikahkan, majlis perkahwinan dan secara jaga melihat anak-anak berlari di dalam rumahnya.
Ternyata dalam kes rawatan ini bukannya perkahwinan/pernikahan. Hukum Islam menetapkan rukun-rukun nikah termasuk wali dan saksi. Kalau main mimpi mana boleh dikatakan berkahwin, siapa walinya siapa saksinya, redhakah manusia berkenaan dinikahi?
Jalan terbaik dan selamat adalah berkahwin sesama manusia bagi manusia dan sesama jin bagi jin. Tak perlu cross border!