Assalamualaikum…

Walaupun sikit sibuk hari ni, tapi aku nak juga say something dalam blog aku ni…Aku nak kongsi bersama cerita ni pada kawan-kawan yang berkaitan yang sudi kunjung ke blog aku…

Malam semalam, pada jam 19:48, aku terima satu SMS dari Hanisah Hashir, adik angkat aku yang masih study kat UMS. SMS nya berbunyi…

“Rozi..abg azman kem sains tu kan, meninggal
sudah tadi pagi…eksiden..pendarahan dalaman”

Aku sedikit tersentak. Innalillahiwainnalillahirajiun….dalam keadaan tersentak, aku cuba imbas balik wajah arwah Abg Azman.

Allahyarham Abg Azman aku kenal sejak tahun pertama aku study kat UMS. Aku kenal beliau semasa mengikuti program GAMASEK (Gabungan Mahasiswa Ke Sekolah) ’04.  Beliau seorang yang pendiam tapi baik hati. Di sebabkan sikap pendiam nya, aku kurang mengenali beliau masa tu. Aku cuma lebih mengenalinya masa Kem Sains yang diadakan dalam cuti semester thn pertama. Beliau seorang yang mudah di bawa berbincang. Malah Allahyarham Abg Azman dah aku dan kawan-kawan sebaya anggap beliau sebagai abg kami. Sebab tu lah, tatkala terima berita mengenai ‘pemergiannya’ malam semalam, aku sikit tersentak dan sedih. Malah sampai terbawa-bawa ke hari ni…

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman….Al-Fatihah…

Satu Komen

  1. salam,
    takziah. semoga rohnya dicucuri rahmat.


Kirim Komen

*
*