Assalamualaikum…
Hari ni aku nak syer sesuatu ngan korang-korang semua. Macam tajuk atas tu, itu la perkara yang aku nak syer ngan korang. Dan semuanya bermula apabila seseorang telah mengelirukan aku. Ceritanya macam ni…
Pada suatu hari…(macam cerita budak-budak jer)…aku pegi lunch ngan 2 orang staff kat company aku ni. Tak perlu la bagitau nama dorang. Hanya di kenali sebagai M dan L. Tujuan kitaorang keluar waktu lunch sebenarnya nak pegi bank. Selesai pegi bank, baru la pegi lunch terus. Tapi sebelum pegi lunch, kita orang jalan-jalan la cari sayur dan pisang. Sayur ngan pisang ni bukan milik kitaorang. Ada akak kat ofis yang pesan suruh beli. Akak yang sorang suruh beli sayur bayam. Akak yang sorang suruh beli pisang. Nak di jadikan cerita, tengah jalan-jalan tu aku terserempak ngan sayur bayam jenis yang mak aku kenalkan kat aku. Bayam tu jenis bayam Spinacia. Macam ni…
Tapi aku tetap buat “taktau”. Jalan punya jalan, tetiba M cakap takder sayur bayam. Aku pun kerutkan dahi. Aku pun tunjukla sayur bayam mcm kat atas tu kat M. Tapi yang lebih mengelirukan aku bila M cakap tu bukan sayur bayam. Tu sayur raja. Aku tak puas hati. Aku bagitau kat M yang mak aku cakap tu la sayur bayam. Dia pun berkeras cakap tu bukan sayur bayam. Akhirnya aku terdiam. Mungkin mak aku sorang je kot yang panggil sayur tu sayur bayam. Dipendekkan cerita, lepas pekena nasi campur, kami pun balik. (Pisang yang dipesan akak tu pun ada ceritanya…tapi nanti cerita..)
Sampai jer kat ofis, aku pun cakap la kat akak yang pesan sayur bayam tu. Aku cakap “Kak, M cakap sayur bayam takder”. Akak tu pun angguk jer la. Aku pulak, oleh kerana masih ada rasa tak puas hati, aku pun tanya la akak tu sayur bayam tu macam mana sifatnya. Dier pun bagitau la. Pastu aku tanya nak dptkan kepastian pasal sayur bayam yang aku kenal kat akak tu. Aku explain la sifat sayur bayam tu macam yang kat atas tu. Dier cakap itu satu jenis. Ada lagi jenis yang lain. Yang warna merah dan berdaun besar. Tapi akak tu tak kisah jenis yang mana asalkan sayur bayam. Yang hijau tu pun boleh juga. Aku pun cakap la kat akak tu yang bayam jenis tu ada. Akak tu pun tanya apasal tak beli..aku pun cerita la apa yang berlaku. Akhirnya, pecah la ketawa kat ofis ni. Ketawa sebab aku yang tak kenal sayur bayam, dan ketawa sebab M yang tak tahu tentang sayur bayam.
Jadinyer…sebelum korang-korang pun akan kena gelak oleh orang lain, aku nak syer kat korang pasal sayur bayam ni….
Pokok Bayam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Pokok Bayam | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Bayam merupakan sejenis pokok dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis pokok Bayam Hijau dan pokok Bayam Merah.Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.
Perbezaan
Terdapat perbezaan antara spesis bayam Amaranthus dan Spinacia walaupun sering diterjemah sebagai “bayam,” kerana bayam walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam ini adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.
Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.
Bayam ada tiga jenis iaitu bayam putih, bayam merah dan spinacia. Aku hanya jumpa fakta mengenai bayam merah dan spinacia. Bayam putih aku tak jumpa. Baca la fakta pasal dua jenis bayam ni:-
Pokok Bayam Merah adalah dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Nama saintifiknya adalah Amaranthus gangeticus. Nama Inggerisnya adalah Red Spinach. Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi.
kajian saintifik menunjukka ia membantutkan penyerapan kalsium. Kajian lain pula mencadangkan bahawa disebabkan kadar antioksidanya yang tinggi, ia mungkin mempunyai peranan radioprotective pada tikus.
Bayam (Spinacia)
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Bayam (Spinacia) | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bayam (Spinacia) dengan bunganya
|
||||||||||||||
| Pengelasan saintifik | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
| Nama binomial | ||||||||||||||
| Spinacia oleracea L. |
Bayam Spinacia ialah sayuran yang digunakan untuk daunnya, dari gen Spinacia. Spinacia tidak sesuai untuk iklim tropika seperti sesebahagian tempat di Asia Tenggara kerana cepat berbunga dan tidak tumbuh banyak daun.
Beza bayam biasa
Bayam ini berbeza dengan bayam biasa walaupun sering diterjemah sebagai “bayam,” kerana bayam biasa walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam biasa adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.
Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan isltilah “spinach” untuk bayam.
Pemakaian
Spinacia sering dipakai dalam masakan Eropah. Daun tumbuhan spinacia yang mudah pula boleh dimakan mentah dan dijadikan salad. Dalam masakan India, sayur jenis spinacia Spinacia ini sering dimasak dalam palak paneer dengan “paneer” (semacam keju), atau aloo palak dengan kentang.
Sama seperti bayam, spinacia kalau dipanasi ulang bisa berbahaya untuk anak di bawah 6 bulan. Untuk orang yang lebih dewasa, biasanya tidak ada masalah.
Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bayam
Kalau nak tau lebih lanjut dari tu…pegi la cari sendiri…