Arkib Bulanan: Mei 2008

Hari ni oleh kerana adik aku teringin sangat nak lepaskan gian kat komputer game, maka aku pun dengan rela dan berat hati temankan dia pegi Cyber Fast Net kat Imperiall Mall…Tapi aku tak saje-saje nak temankan dia. Oleh itu aku pun meluangkan masa 1 jam dengan harga RM2.50…Disebabkan perbelanjaan sebanyak itu la maka entri dapat aku post ke blog aku tok korang-korang semua baca..

Sebenarnya niat sebenar aku dan adik aku gi jalan-jalan gi bandar ni adalah nak beli buku…Semuanya milik adik aku kecuali satu novel milik aku…Tajuk nyer Kalung..Sebenarnya aku nak cari dan beli buku Harry Potter episod pertama yng bertajuk Harry Potter dan Batu Hikmat..Aku sebenarnya dah beli buku tu masa study dulu tapi dihilangkan oleh sorang mamat senior(aku minta gantirugi dia buat bodo jer..bengang aku.) Aku dapat rasakan kenapa buku aku tu hilang. Semuanya disebabkan oleh kebaikan hati kawan aku yang nak bayar balik duit yang dia pinjam dari aku..kawan aku tu letakkan duit tu dalam buku tu..jadi kiranya macam magik la..duit keluar dari buku..aku sendiripun sebenarnya tak tau dia yang letak duit tu..jadi aku pun mula-mula terfikit mungkin duit tu ada kat dalam buku tu secara magik(macam budak-budak jer) Oleh sebab aku pun terasa macam tu, aku pun bagitau la mamat senior tu yang aku tak pasti dari mana duit tu muncul(sebelum tu dier tanya apasal ada duit dalam buku). Selepas itu la aku tak jumpa lagi buku aku tu…Jejak kasih pun tak dapat cari…huhuhuhuhuhu…

Selain beli buku aku juga telah berjaya menukar LCD handphone aku yang sebelum ni pudar jadi terang benderang dengan harga RM60…nasib baik aku pandai cari harga..sebelum ni aku hanya dapat harga RM80 tok tukar LCD tu..Jimat duit aku RM20…Dan aku sangat gembira melihat hasil nya..sebab aku dah boleh tengok muka comel handphone aku…

Oleh sebab aku pun baru trima gaji semalam, maka hari ni aku pun melepaskan gian aku kat ayam KFC…wahahahahahaha…satu proses membesarkan badan dan menambah lemak di badan..lagipun hari ni aku malas nak masak..PaMa aku pun takder kat rumah..balik kampung. Jadi makan KFC ler…hehehehehehe…

Aku hanya ada 15 saja lagi untuk menggunakan PC ni…jadi adiosss….

Pada kawan-kawan yang dah dapat gaji tu, jangan lupa bayar hutang PTPTN…

P/s: PaMa=Papa & Mama

 

Hehehe….

Terlalu excited plak nak cuti..bukan setakat cuti hujung minggu tapi juga public holiday. Dua hari lagitu…Cuti ni hanya dinikmati oleh orang-orang yang ada rumah dan tinggal kat rumah tu kat Negeri Sarawak..Cuti Gawai…Gayu Guru Gerai Nyamai…(ehem..aku tak pasti maksudnya. Tapi ianya selalu ada bila Gawai menjelma.)

Cuti ni aku tak ke mana-mana kecuali duduk rumah. Jadi penunggu. Sebab PaMa aku gi balik kampung. Mak Sedara aku kawin. Aku jadi penunggu sebab budjet tak cukup nak beli tiket bas. Lagipun kalau aku pegi, mesti adik aku pun pegi. Jadi nya makin tak cukup budjet la. Lagi satu, aku kena jaga anak-anak kucing kat rumah. Kesian dorang takder orang nak bawa gi cuti-cuti Malaysia.

Kempen Cuti-Cuti Malaysia ni disokong oleh family kawan seuniversiti aku. Mengikut sumber yang aku dapat dari kawan aku sendiri, dia cakap family nyer akan ke Terengganu dan Kelantan. Family nyer saja la. Dia punyer status pun macam aku juga time cuti ni. Jadi penunggu yang hidup membujang. Wahahahahahaha…

Tapi dia penunggu yang agak kesedihan sebab Family dier tak bagi ikut. Bukan tak bagi ikut, tapi sebab dier takder budjet, jadi dier dipaksa untuk tidak ikut serta takut menghabiskan duit PaMa dier. Hehehe…Oleh kerana aku dah ada pengalaman yang best ditinggalkan hidup membujang, maka secara tidak rasminya aku telah menjadi penasihat yang sangat matang kepada dier.

Antara yang aku nak nasihat kat dier @ sesapa je kalau baca entri aku ni:

1. Belajar berdikari

2. Belajar jadi matang

3. Belajar punyai sifat seorang anak sulung

4. Belajarlah sesuatu dari pengalaman yang telah diberi sebab tidak semua orang akan mempunyai pengalaman yang sama

5. Belajarlah merasai sesuatu supaya tatkala kita terpaksa merasai sesuatu yang seumpamanya, kita boleh berhadapan dengannya secara tenang…(dalam maksud aku ni)

Semalam, hari ini, dan mungkin esok….aku BOSAN….!!!!!

Takder apa nak buat. Bos pegi cuti-cuti Malaysia. Aku pulak tak tau apa nak buat. Melayari internet pun aku dah bosan. Nak chatting pun tak der idea nak chit-chat ngan kawan-kawan. Nak tidur, confirm betul la aku ni makan gaji buta. Oleh itu aku jenguk blog aku dan mula tekan-tekan keyboard walaupun bunyinya macam ayam patuk jagung. (aku takder pendidikan khusus typing, jadi la aku seperti ayam yang patuk jagung). Nak karang-mengarang Putri Errina, takder idea pulak. Jadi aku pun mengarut dalam entri aku kali ni.

Kalau korang rasa aku karut dan entah apa-apa yang aku cakap, teruskan lah membaca. Sebab lepas ni korang tak akan jadi karut.

Hmmm…aku nak criter pasal tempat keje aku.(ni kes takder idea nak buat apa) Aku baru keje 4 bulan 6 hari kat sebuah company namanya Petro-Excel Sdn Bhd. Aku keje sebagai General Clerk/Typist(aku tak tau macam mana dorang bleh amik aku jadi typist sedangkan aku takder pengiktirafan pun dari mana-mana organisasi yang aku boleh jadi typist) dan diberi 3 bulan tempoh percubaan… Bulan kedua aku(time aku mengetuk-ketuk keyboard ni, hidung aku tercium bau sesuatu yang aku confirm betul datang dari rumah depan ofis aku.) keje, aku dah mula ghairah ngan chatting. Sebelum ni aku memang tak pernah chatting. Sebab aku dah trauma masa sekolah dulu aku tersalah chatting ngan orang yang salah. Jadi bila dah keje ni, aku lebih berhati-hati di jalan maya…Masuk bulan ke-tiga, aku mula cipta blog aku yang sekarang ni lah…Semua ‘Perkara-Perkara Tidak Sepatutnya’ itu aku lakukan sebelum aku dapat Confirmation Letter dari bos.

Tanggal 16hb Mei 2008, aku pun mendapat Confirmation Letter  yang bertarikh 5hb Mei 2008.(maksudnya dorang bagi 2 minggu lagi tempoh percubaan selepas surat tersebut disediakan. Maksudnya lagi, masa dorang sediakan surat tu mungkin dorang ternampak aku ni rajin sangat mengetuk keyboard tapi buat kerja Yang Tidak Sepatutnya.) Tapi oleh kerana kepakaran aku dalam mengambil hati orang (diiktiraf oleh aku sendiri), maka aku pun mendapat Comfirmation Letter. Alhamdulillah lega…

Dan sekarang, setelah 2 minggu aku jadi staff permenant kat company ni, aku mula terasa serba-salah sebab aku tak buat banyak sangat keje. Yang banyak aku buat adalah jalan-jalan dalam pejabat kecik ni. Hilangkan rasa mengantuk…

Dalam ofis kecik tempat aku keje ni, aku duduk depan pintu utama. Jadi bila ada orang yang masuk, muka comel aku lah yang dorang akan tengok first. Tapi selalunya jarang orang luar yang akan masuk melalui pintu keramat tu sebab company ni ada Tempat Lepak Receptionist kat tingkat bawah. Jadi orang yang akan aku tengok masuk adalah staff company ni juga.

Dalam ofis kecik tempat aku keje ni jugak ada sebuah television yang berjenama Panasonic. Channelnya pulak, tiap-tiap hari tak berubah. Di skrinnya terbahagi empat.

1.Bahagian atas kiri, channelnya adalah laluan depan pintu ke tangga ofis kecik tempat aku keje dan sipi-sipi pemandangan kerusi dan meja sebuah restaurant.

2.Bahagian atas kanan, yang nampak hanya kegelapan sebuah tangga yang hujungnya terdapat cahaya yang menjadi laluan nak gi ke pintu keramat ofis kecik tempat aku kerja. Kadang-kadang jer akan tengok orang akan muncul dari cahaya menuju ke depan. Orang tu pulak adalah terdiri daripada staff company tempat aku keje dan penghuni ‘Rumah Kedai’ bertentangan ngan ofis kecik tempat aku keje.

3.Bahagian bawah kiri, channelnya adalah kaunter receptionist kat tingkat bawah, dan sofa kuning yang dah berabad lamanya tak pernah tukar.(aku rasa la. Sebab dah semacam dah rupa sofa tu.) Cuma kekadang channel ni best sikit sebab kekadang ada la pelakon tambahan yang akan muncul.

4.Bahagian bawah kanan pulak, stor. Dari channel ni juga la, aku pernah tengok mouse yang boleh berjalan sendiri di atas kotak-kotak yang terdapat dalam stor tu.

Dan channelnya tak pernah berubah ke channel ASTRO atau pun TV1,2,3…

Aku rasa buat masa ni, tu je kot yang aku nak bagitau. Cerita yang pendek macam ni pun aku amik 3 jam nak karang. Sebab aku sometime kena buat rajin dan untuk mengelakkan aku dicop staff makan gaji buta…huhuhuhu…

;)

Hari ni handphone aku semakin tenat. Garis-garis luka yang muncul awal tahun ini, dah merebak menjadi kisah hitam. Tak bleh nak baca mesej dah…huhuhuhu…Bertahanlah handphoneku sayang..tunggulah sampai aku dpt gaji hujung bulan ni..nanti aku hantar g klinik buat pembedahan muka..

Mesti korang tertanya-tanya apa penyakit H/P aku..penyakitnya kritikal sangat..Mula-mula kena dulu, ada dua garisan biru kat skrin. Selepas 2 bulan, muncul lagi garisan-garisan yang mencalarkan muka wallpaper baby cute aku..dua minggu yang lepas, wajah baby cute h/p aku dah mula hitam…baca mesej pun kena cari lampu kalimantang untuk menerangi skrin. Tapi hari ni dibawah lampu kalimantang pun tak bleh nampak menu kat skrin..apatah lagi di bawah bulan purnama…

                                             Nokia 6030

 P/S: Ni ruper h/p aku…tapi yang ni skrin dia elok..h/p sebenar aku tak bleh tgk menu tu lagi dah… 

Hari ini aku telah meng”komen” kawan aku kat friendster…Betapa rajinnya aku hari ini…

Nak tau apa aku komen kat Mimi Norzalinie, klik kat nama dia…

Sejak kerja ni, jarang betul nak dengar berita dari kawan-kawan..semua busy..termasuk la aku yang buat-buat busy. Hehehehe…kalau ada pun, dengan kawan-kawan yang ada buka YM. Itu pun aku dah malas nak chating-chating…

Pagi tadi aku add sorang mamat dari Skype(dia yang mula dulu)…

 fahmi jaafar says: hai comel
 comel says: hai
 fahmi jaafar says: kat umah ker tu
 comel says: tak
 comel says: kat ofis
 fahmi jaafar says: oic…sama lah kita
 comel says: ooooooooooo
 fahmi jaafar says: u ada webcam x
 comel says: xda
 comel says: company tak provide
 fahmi jaafar says: its ok
 fahmi jaafar says: tu pic sapa
 fahmi jaafar says: anak u ker

 comel says: hahahahahaaahha
 comel says: entah
 fahmi jaafar says: pic u mana
 comel says: sbb muka dier cute jadi saya pun pinjam la
 comel says: pic saya msh dlm kamera
 fahmi jaafar says: naper x download lg
 fahmi jaafar says: i nk tgk boleh

 comel says: kamera hilang
 comel says: x bleh
 fahmi jaafar says: yelah tu
 fahmi jaafar says: xper lah klu mcm tu
 comel says: emmmmmmm
 fahmi jaafar says: u keje kat mana yer
 comel says: dlm sebuah bangunan yang org panggil pejabat
 fahmi jaafar says: hahahaha
 fahmi jaafar says: sarawak u kat mana ni
 comel says: sarawak kat malaysia, malaysia kat asia, asia kat ??? atas bumi kot
 comel says: hihihihihihihihihi
 comel says: saya org minyak
fahmi jaafar says: u ni mcm bdk2 lah
 comel says: mlm2 pegi ceroboh rumah org
 comel says: ahahahahahahahaha
 fahmi jaafar says: berapa umur u ni
 comel says: kalau ikut surat beranak sepatutnya umur saya 20++
fahmi jaafar says: patut lah….citer pun mcm tu
 comel says: tapi klu ikut surat berantai umur saya baru 12 tahun
 comel says: ye ker
 comel says: ?
 fahmi jaafar says: its ok lah
 comel says: budak2 comel je ker ya crite mcm tu
 fahmi jaafar says: yer…mcm awak lah
 comel says: kenapa…awak ingat org dewasa mesti nak serius alwaysssss la?
 comel says: sori la yer…
 fahmi jaafar says: bkn nk serius….tp citer yg adult lah sikit
 comel says: hahahahahahaha
 comel says: apa criter yang adult tu
 fahmi jaafar says: u pun tahu per
comel says: ok ler
 fahmi jaafar says: ok
 comel says: tapi saya ni klu criter pasal yg adult punya criter, saya dah anggap benda tu serius
 fahmi jaafar says: suka u lah…i open jer
comel says: saya ni plak ssh nak serius pada tempat yg saya tak patut serius
 comel says: haaaaaaa……….gitu kan bagus
 fahmi jaafar says: ok
 fahmi jaafar says: apa yg u suka citer pasal adult ni

comel says: entah
 comel says: saya tak tau
comel says: sbb tu saya malas nak criter mcm org adult
 comel says: sbb saya tak tahu apa nak criter
 fahmi jaafar says: xper lah….4get it lah
 comel says: ok
 comel says: no hal
 
fahmi jaafar says: ok

Budak-budak bleh buat criter macam tu ker? Dah tu aper la ayat yang sesuai nak cakap oleh orang dewasa? Tak bleh ker orang dewasa cakap macam tu..takkan nak skema… 

Ke…aku ni yang terlambat membesar…hehehehehehehe…

Malam semalam last episode crite Bella. Sedih betul. Sampai keluar air mata tengok crite Bella. My mum pun sedih jugak. My mum siap complain lagi apasal dorang tak call ambulance nak bawa Bella gi hospital. Kesian betul kat Bella. Macam sia-sia jer apa yang dia buat.

 

Yang boleh aku simpulkan melalui crita ni mengikut pendapat ku sendiri, Bella yang sepatutnya menemui Pencipta pada awalnya diberi peluang untuk hidup agar kejahilan yang berlaku dalam kalangan ahli keluarganya dapat disisih dan disingkir dari terus menjadi nadi ahli keluarganya. Dalam ketabahan untuk menghapuskan kejahilan, Bella terdorong pada dendam yang akhirnya memesongkan niat sebenar Bella. Apabila dendam berada di puncak dan menghalang Bella untuk memikirkan satu kewarasan, dia diambil semula oleh Pencipta. Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati.

Hehehe…aku suka sangat plot crita ni. Plot nyer ada 3 bahagian. Bahagian yang paling best, yang tengah-tengah. Itu la puncak cerita Bella. Yang menyebabkan aku dan my mum tak boleh miss tgk criter tu.

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak crita sikit pasal RIBUT yang melanda Miri semalam (13.05.2008).

Fuyooh!!(pinjam dari Digi jap) RIBUT yang melanda kat Miri betul menakutkan. Sepanjang perjalanan aku nak gi kerja hari ni, banyak pokok-pokok besar tepi jalan tumbang. Tercabut semua akar-akar pokok. Tapi ada yang bestnya bila pokok tumbang tengah jalan sebab atas jalan akan dipenuhi oleh daun-daun pokok. “Keep Environtment Green” ;)

Sampai kat ofis pagi tadi, staff-staff kat ofis semua cerita pasal RIBUT yang berlaku malam semalam. Supervisor aku pulak cerita yang bumbung rumah dia terbang. Hari ni terpaksa ambil cuti sebab nak baiki bumbung rumah. Rumah aku punya bos pun terbang beliau punya bumbung rumah. Pastu dia cerita yang malam tu, dalam perjalanan dia nak balik dari bandar, dia tersekat kat jalan raya sebab ada pokok tumbang atas jalan. Bukan tu je, tirai balkoni kat ofis aku ni pun terpaksa di baiki.

Subhanallah…Mungkin Tuhan ingin mengingatkan kita pada kealpaan.

Ribut merupakan gangguan atmosfera planet, terutamanya yang mempengaruhi permukaan dan membayangkan cuaca teruk. Ia mungkin ditandai dengan angin kuat, guruh dan kilat (Ribut petir), kerpasan seperti hujan dan ais (Ribut salji). Ribut boleh berlaku di laut, di darat dan di udara.

Sumber: Wikipedia(online)

cat sing

Love me?

 

* Cute tak? aku ada anak kucing kat umah..comel sangat..dah macam anak sendiri jer…hehehehehe…