Hmm…setelah terlalu lama aku tak curi tulang edit blog kat ofis…dan hari ni aku buat lagi…huhuhu…satu sbbnya kenapa aku terlalu berkeras nak post something kat blog aku is aku hari ni btl2 rasa pressure yang agak sikit melampau….dan btl2 nak minta some idea apa yang perlu aku lakukan dari korang-korang yang sudi singgah kat blog aku ni…aku harap korang bleh tinggalkan komen and please advise me what to do…
Sekarang ni aku ada 2 jobs…satu boleh la dikatakan kerja tetap…ada KWSP, ada pendapatan bulanan…tp gaji tak pernah cukup…satu sbb knp aku cakap tak cukup, aku selalu ikat perut dan tak mampu nak bagi parents aku walaupun RM50….semuanya aku guna tok byr hutang pendidikan, byr keta, myk keta, bills…tp aku bersyukur sbb dlm semua expenses tu, aku masih mampu saving for my future…sbb aku ada 1 policy insurance yg jadi slh satu comitment aku yg agak ptg sekarang…
Baru-baru ni…my senior in my second job datang buat training…dier menjelmakan kembali dreams….yang sering menjadi khayalan aku…yang sering menjadi angan-angan dlm hidup aku…yang aku reliaze aku tak akan mampu capai jika aku terus berada pada situasi aku berada sekarang…ye la…nak mkn pun susah…apatah lagi nak capai impian aku…but for this second job…ia berdasarkan nasib…berdasarkan usaha…berdasarkan keyakinan…berdasarkan keberanian….dan semua itu aku tak mampu miliki sekarang…aku seperti someone yang btl2 lost…i’m a looser…that is what I think about me right now…aku tau..aku tak boleh berfikiran mcm tu..sbb selagi aku berfikiran mcm tu…sampai mati la aku begini…
Apa yang aku mahu sekarang adalah tolong aku buat keputusan…aku takut berhenti kerja sekarang sbb untuk mendapatkan kerja sekarang ianya dtg dari usaha yang bukan aku seorg lakukan…ianya pertolongan dari abg…dan kedudukan aku sekarang, ianya pertolongan dari bos yang ingin lihat aku lebih baik dgn taraf pendidikan aku….malah aku pnh berjanji, seandainya aku memperolehi kerja aku sekarang, aku akan buat sehabis baik dan aku berjanji pada abg yang kemudiannya sampai ke pengetahuan bos yang company ni bukan sebagai batu loncatan…mati hidup aku akan ttp berada di sini…aku akan berusaha belajar sesuatu yang baru kat company ni..sbb aku suka pada something new….klu dulu aku study lbh kepada business, financial, ekonomi…dan sekarang mmg aku ttp bljr ttg business, ttg marketing tapi bonusnya aku bljr ttg technical…aku bljr something yang hanya org2 yang pernah belajar engineering saja yang tahu…satu cabaran utk aku…aku suka pada kehidupan aku skrang yang belajar sesuatu yang baru…tp bila memikirkan pada kehidupan yang lebih selesa, kehidupan yang di penuhi dgn impian dan kehidupan yang lbh diberkati oleh parents sbb dorg tak perlu lagi nak support aku, aku jadi betul2 bengang dgn kehidupan sekarang…apa yang aku perolehi sekarang tidak mampu untuk support hidup aku sendiri…apatah lagi parents aku…aku hanya menjadi ordinary person di sini…sdgkan kehendak aku ingin menjadi somebody…tapi keperluan aku adalah kehidupan yang sederhana sbb aku sekarang dah terasa terlalu terbeban ngan hidup yang aku lalui skrang…sometime aku tak rasa aku mampu lagi nak teruskan…i just want to take a long rest…….arghhh….bercakap seperti org tiada pedoman hidup….giler…
(yg ni aku smbung kat umah…sbb kat ofis td komputer tiba2 jer ‘hang’ dan kerja dtg bertambun-tambun)
Aku btl2 bengang nak buat keputusan sekarang….td aku g bank…buat cek utk seorg kwn…besa la kan ptg2 bank nak ttp…so, dorg pun masa tu tgh kira duit…byk tu….aku rs beribu tu adala jugak…tp yang peliknya aku mcm takder nafsu langsung tgk duit sebyk tu…takder terdetik dlm kepala otak aku masa tu nak mempunyai duit sebanyak tu…yang ada hanya nak hidup mcm manusia….aku tgk sekitar aku…aku nak tukar hidup aku jadi mcm diorg…nampak mcm heppy jer…hmmm…aku tau, mesti ada yang akan cakap…hidup aku mcm ni sbb aku takder duit….hidup aku tak stabil sbb financial aku tak stabil….tp betul ker wang boleh beli kebahagiaan? Wang boleh beli kasih sayang? Wang boleh mengisi kekosongan dlm hati? Mungkin….zaman sekarang, tanpa wang hidup jadi terumbang-ambing…tanpa wang, nak mati pun susah….
Second jobs aku ni menawarkan wang yang banyak…mulanya aku join mmg aku nak wang yang banyak…tp nafsu untuk mempunyai wang yang byk hanya ada dlm diri aku 1 mlm sahaja…lps tu, apa yang aku nak dari second jobs ialah enjoy…kluar mlm training….refresh balik ilmu2 business, entrepenuer, marketing, ekonomi….dan mungkin masih ada lagi sedikit comitment utk second job ni….aku nak tlg org n buka minda masyarakat apa yang kita ada pada hari ni tak mungkin ada pada masa hadapan kita…kita tak tau sepanjang mana perjalanan hidup kita…sedangkan aku yang baru setahun jagung mengenali hidup sudah terasa kesannya akibat dari keselesaan yang melampau yang aku lalui sebelum akku tahu betapa sukarnya mencari wang…..mungkin bagi sesetengah orang, masa sekarang masih terasa mampu untuk mencari duit…tp mcm mana klu satu hari nanti…tangan dan kaki sudah tak berdaya nak menongkat dunia?
Arghh….cakap macam org baik sangat….tapi itu lah sedikit perkara yang aku nak share….yang aku nak korang2 yang lepak kat blog aku ni bagi aku sedikit idea….keselesaan hidup tanpa wang @ keselaesaan hidup dgn wang….kedamaian hidup tanpa tertekan untuk menjadi org lain @ kedamaian hidup dgn berani menghadapi cabaran hidup dgn berlagak hipokrit pada diri….berlagak bahagia tapi terseksa…kestabilan hidup kerana wang @ kestabilan hidup kerana minda yang tenang? Errrrkkkkkkkk….aku tau….untuk jadi manusia luar biasa, kena buat something yang luar biasa…kena buat apa yanng kita tak suka…kena buat apa yang buat kita pressure…sbb bila kita lalui semua tu….kita akan jadi manusia yang berjaya…Argggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh……….!!!!!!!!!!!!!!!!!